Syafiq Rashid

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Assalamualaikum. Nama sudah tertera diatas. Currently study Medical Assistant at Pusrawi International College of Medical Sciences. InsyaAllah :) ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн. єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн. ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиαℓℓαн. ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуααℓℓαн. уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву αℓℓαн ѕωт :')

Wednesday 30 May 2012

Segmen : Up follower blog dan twitter

ASSALAMUALAIKUM



Nak join ? Click SINI

Blog : afiqrasyid.blogspot.com (296 Follower)

Twitter : @AfiqSyid (138 Follower)

Tag Friends : Jajam
                              Syafiq Lilay 

Selamat Hari Lahir ^_^

ASSALAMUALAIKUM

Aku lahir 08/May/1994 . dan hari lahir aku pun dah lepas lah 08/May hari tu ;) sangat bersyukur dapat lagi bernafas dan menikmati ciptaan Allah yang sememangnya indah . tapi entry kali nie bukan nak cerita pasal hari lahir aku , but entry nie sangat tulus dan ikhlas ditaip untuk seorang yang aku sanyang dan aku anggap seperti adik aku sendiri :) birthday dia bukan hari nie tapi 31/May maknanya esok lah kan :) tapi aku taip entry nie dan dedicated kan dekat dia hari nie sebab biarlah aku jadi orang yang pertama mengigati then mengucapkan hari lahir kepada dia selain parents dan kakak-kakak dia :)


tadaaa !! nama dia Syukri Rahman . but mostly people yang kenal dia panggil dia Syuk . dari gambar dia yang kat atas nie rasanya mesti orang dah tahu yang behavior atau perangai dia macam mana . yes , selama aku kenal dengan dia , dia sangat-sangat periang . memang senang nak bergaul dan berkawan dengan dia . ehh ehh , before jauh merapu , for this years 31/May/2012 ialah hari lahir dia yang ke-15 .

mana aku kenal dia ? those yang tak tahu mana aku kenal dia , actually kenal dia nie masa sekolah menengah dulu . we're study at the same school and staying at the same hostel di Sek. Men. Keb. Lubuk China . Syuk juga ialah adik dorm aku dulu . kami duk dorm 6 *ohh my , rindu :')* dengan perangai dia  yang gila-gila , spotting dan macam-macam lagi lah . best dan senang bila berkawan dengan dia . kami selalu main bola sama-sama time riadah . bila ingat balik kami yang form 5 nie lagi senang berkawan dengan budak form 2 dari budak form 4 yang .... err -.- something yang menjadikan aku menyampah dengan budak form 4 bila dorang rasa macam dah bagus sangat . ahh , abaikan .


'you must believe yourself , if you can't believe yourself , people also can't believe you'

okaylah , malas nak memanjangkan entry nie . sememangnya akan membuat reader semua tertidur depan lappy dan berair liur didepan pc . kepada Syuk , selamat hari lahir , happy birthday dan selamat hari jadi . hopefully bila dah meningkat dewasa nie , perangai betambah matang , fikiran lebih kreatif dan yang penting , determined atau azam mesti lebih lah dari sebelum nie . especially tahun nie kan PMR . must more study harder . good luck for your PMR examination . 


happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to Syukri Rahman
happy birthday to you.

  




 

Monday 28 May 2012

Bersama Rakan

ASSALAMUALAIKUM

Ehh ehh . Aku kembali menaip :) hehe , sorry you all . tak de benda penting pun nak diupdate sebelum nie . so tak terupdate lah blog aku nie kan . and now , cari juga idea untuk gerakkan entry dalam bulan May nie . InsyaAllah :) but for today , tak penting sangat pun entry nie . just want to remind school memories sebelum masuk ke university , kolej , politeknik dan sebagainya lah kan . actually , idea nak mengupdate entry nie datang dari blog Athirah . sebab dia ada masukkan gambar-gambar yang menarik perhatian aku . although the picture tak de lah menarik sangat . but , benda yang nak disampaikan melalui gambar tu sangat lah menarik perhatian aku untuk mengimbau zaman sekolah dulu :)

nak cerita masa pergi lawatan dan khidmat masyarakat last year . err .. tarikh dia dah lupa tapi ingat bulan je . around Jun . yes Jun . first ada community service di Angkasapuri Kuala Lumpur . means kawankawan yang dari Melaka naik bas lah dari sekolah . but aku yang tinggal KL just wait je dekat KL . actually , Angkasapuri tu dekat je pun dengan rumah aku . so, aku tunngu je depan Angkasapuri tu . ehh , sementara tunggu kawan2 yang dari sekolah datang , aku tunggu Athirah dekat stesen KTM Angkasapuri . Fuhh~ lama gila ah tunggu . after Athirah arrived , aku ada lah geng tunggu pulak kawan2 yang lain dan cikgu2 depan Angkasapuri . 


bila semua dah berkumpul , kami ke studio kat Angkasapuri dengar ape tah yang dia bebelkan dan dapat pula tengok si Muzamil nyanyi -_- erk . lepas tu dapat tengok sketsa pendek dari warga Angkasapuri . best gila . pandai betul dorang bersketsa . ahh ~ malas nak citer pasal kat Angkasapuri nie . banyak yang bosan dari happy -_-


lepas tu kami bergerak ke zoo negara . best gila . antara babakbabak yang menarik :


Intan nak muntah bau tahi gajah. Athirah pula muka macam tak penah amik gambar.

 haha, kami wat hal masing-masing. best jalan dengan korang walaupun dah banyak kali pegi zoo nie :) happy

 hehe, ape aku buat tuu? comel kan aku -_- erk

and after ke zoo , kami ke The Mines . kat The Mines kami (the geng je) pergi main bowling . teramat best sangatsangat . haaa ~ 

 cer tengok huruf S. yeaah! aku menang.

masa nie aku memang tak power betul main bowling . dan sebelum-sebelum tu pun aku jarang main bowling . tapi aku boleh menang . hehehe :) tapi , memang best la lepak dengan korang . best sangat . haha , sampai kan cikgu tertunggu2 lah kita nak habiskan game nie . last pergi ke bas hantar intan dan kawan-kawan yang lain . aku pun balik dengan Athirah . naik taxi sampai stesen KTM Serdang maybe . lupa jap . er .. yekot Serdang . tambang taxi RM7 aku ingat . sebab aku yang bayar :) sampai mana tah Athirah turun dan aku turun Stesen KL Sentral dan terus balik rumah . sampai rumah call Athirah tanya dia dah selamat sampai ke belum . yela , takut doe . balik dengan anak dara orang . kang ape-ape jadi , mampos aku menjawab . dah le tu cikgu Syarifah Kahar pesan kat aku suruh jaga Athirah time balik tuu . okay , finally selamat sampai . best gila time tu . 

-the end- 

 

Saturday 19 May 2012

Aktiviti Seharian

ASSALAMUALAIKUM


goyang-goyang badan sambil sebut ehekhokhekhikhok *sebut ikut suara shin chan* Lalalalala~ ape kau buat pagi-pagi buta nie syafiq . nak makan kerusi ? *amboi ganas imaginasi aku* tarik nafas panjang aku nak cari idea menaip blog nie . aishhh ~ err , nak call awek , serius takde awek . masuk nie dekat tiga tahun dah . sampai hati dia tinggalkan aku menduda macam nie . err , merepek kau syafiq . nak main PS2 . haish ! agak-agak ahh dah nak dekat pukul dua dah . finally , idea datang untuk update blog . hempas lappy sekali tipu , on balik terus update blog :) 


ohh ya . now , rasanya ramai bakal-bakal student u , kolej , politeknik and what ever lah yang tengah busy buat persediaan nak ke tempat masing-masing . err , termasuklah aku *buat muka tak tahu asah kuku* . letih jugak ehh nak buat semua benda tuu . ohh please lah syafiq kau bukan baru kali nie kan ? dulu duk hostel kat ASMKLC , Melaka tu . err --' *roh aku berkata-kata* hahaha :P dan ada kawan aku dah masuk form6 . Intan , Lilay , Arip , Yana , Teah , Wani dan err siapa lagi ....... dorang pun ada bagi tahu yang dorang dah start belajar and dah start buat homework . 


*intan muka macam hantu sikit* muheheh

*lilay buat iklan colgate*

fuhh yooo ~ karangan 650 patah perkataan tahu *bak kata Intan dan Lilay* kesian korang . tak pe . demia masa depan korang jugak kan :) belajar rajin-rajin weh . jangan habis kan masa macam kita duk satu kelas dulu . anytime anywhere kita berbual je. meja aku dari kat belakang tarik kerusi bawa ke depan bajet nak belajar then berbual kosong and gelak macam orang gilos !


dan Athirah pulak ... em , dia nie akan ke UiTM . untung nye dia dapat UiTM . rasanye 1 Jun nie dah berangkat ke UiTM kot . dia dapat course ape ya ? sorry lupa . dia akan ke Paris Perlis :D jauh kan ? asal jauh sangat Tyra ? ishh ! mesti susah nak jumpa kan ? aku kat KL kau ke Perlis . uish ! ingat tau . kau lupa aku , aku baling buku nota sejarah kat belakang kau . ehehek :P last kita jumpa masa amik result SPM masa tu . tak sempat snap gambar pun . bukan setakat nam , satu pun tak . lepas amik result kau balik KL aku stay kat kampung . lepas seminggu baru aku balik KL . nak hang out ngan Lilay tak jugak . kesian Lilay nak jumpa kau tak kesampaian :') er. 


*asal aku pilih gambar nie? erk , dan setelah diedit ... godges lah pulak*

Dan aku pulak ? haha , syafiq syafiq . ape lah nak jadi kau nie . khawin je lah nak ? sapa nak masuk minang mai daftar . isi surat dan hantar ke kaunter pendaftaran . selepas nam puloh hari baru check status pemohonan . siapa berjaya boleh datang rumah . ahahaha , (jadah) . actually , baru beberapa hari surat dari Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) sampai kat peti surat rumah . amik dah macam surat zaman hang tuah . tak guna abam posman *rejam dengan lembing* tapi tyou abam posman sampai juga surat kat rumah :) erk -_- surat tu sampai ke peti surat sekali dengan surat Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) . sekali Umi Rose baca , dia kata :

'elok hantar dia nie ke Kolej Poly-Tech Mara nie . jauh sikit kat Lembah Sireh Kelantan ha'

amboi umi Rose . sampainya hati mu buat anak mu sebegitu rupa ^_^ tapi course dia Diploma in Agro Tecnology . nak suruh anak umi Rose intan payung gunung meletup nie jadi apa dah besar nanti *sekarang pun dah besar jugak :)* ha ?

'ohh , tak perasan pulak course dia . pergi je lah PICOMS tu . belajar rerajin tahu'

ha , tahu takut . hahaha :P sayang umi Rose . so , lepas bermusyawarah , aku pun terus mengisi borang semua . letih jugak nak mengisi borang semua tu . ketaq tangan oii . lama dah tak menulis . tulisan ? paling cakar ibu tiri ayam . baca semua peraturan dan ape yang dia suruh . 

#tak puas hati

aishhh ! bengang betul aku . hari tu tanya kata kena buat medical check-up . lepas baca dalam surat semua , dia ada nyatakan medical check-up buat kat sana nanti . maksudnya kat tempat aku belajar nanti lah . aku kan belajar course medik . er .. kan bagus bagi tahu betul-betul . tak pe lah . dah lepas dah pun . haha , saje je buat luahan perasaan . hok hek . nak belajar mesti banyak cabaran kan ? *bak kata umi Rose :D*

#persiapan

dah completed semuanya (haram penipu) em , satu apa pun tak buat lagi . daftar 1 Julai , Ahad . so , start minggu depan dah boleh prepare dah sikit-sikit . rasanya minggu depan buka akaun Bank Islam dulu . sebab apa ? sebab college suruh le . asal lah nak buat akaun Bank Islam . asal tak CIMB ke Maybank ke ? *kena buang negara aku* Bank Islam nie aku rasa untuk kegunaan PTPTN kot . siapa dah beli pin PTPTN ? *yes aku sorang belum* lembab betul aku . tak pe . lepas nie semua aku akan buat . hahaha ,

#malas betul lah nak pakai

err , malas lah nak pakai . please umi Rose . pleasesssssssss i_i tak nak pakai , tak nak pakai , tak nak pakai :'P *sambil poco-poco nam step* alaaaa , umi Rose suruh pakai braces . alaa , tak nak lah pakai . susah lah nak gelak ketawa nanti . umi Rose tahu je la kan anak umi Rose intan payung gunung kinabalu nie kan kuat ketawa . alaaa , kalau orang pakai , umi Rose kena belikan orang iphone 4S sebijik . okay okay okay yeahhh ! kalau nak pakai orang nak warna purple tahu *padahal dalam hati tak rela . sob sob i_i*







Tuesday 15 May 2012

Warkah Di Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM


kami guru malaysia , berikrar dan berjanji , mendidik dan membimbing , putra putri negara kita *nyanyi ikut versi cikgu prasekolah aku dulu* kemain semangat lagi aku tengok cikgu tu kalau menyanyi ^_^ Cikgu Nuzhah namanya . err , tajuk ^ okay mesti dah tahu apa entry kali nie kan :) okay sabar . entry khas untuk hari guru yok . kau ada ? tak de duduk diam-diam baca okay ? hekhekhek .


tarikh 16 May mesti semua tahu yang tarikh nie ialah tarikh sambutan hari guru . semua tahu , nenek , kakak , makcik , pakcik , atok , orang tengah basuh baju , yang dok sidai kasut *jadah mengarut aku nie* semua tahu . termasuklah aku . sebab tu aku buat entry nie . kalau kat sekolah mesti 15 May atau sebelum hari guru macam-macam aktiviti yang cikgu buat . macam pertandingan bowling (wow cikgu ibrahim & cikgu dayang ja yang hebat main benda nie) , badminton (cikgu jasmi tegol & cikgu ibrahim pegang) , bola jaring dan macam-macam lagi lah :) suka bila tengok cikgu buat aktiviti macam nie :) sebab cikgu-cikgu semuanya sporting .


err , now tak nak citer panjang-panjang lah . penat . err , nak say terima kasih kat cikgu yang banyak membimbing dan membantu kami murid-murid especially saya yang sangat nakal , poyo dan segalanya yang ada dalam diri saya nie . daripada ak reti membaca dah pandai membaca . daripada tak reti mengira dah reti mengira . daripada tak reti menulis dah expert dah menulis . daripada tak tahu hukum agama dah tahu hukum agama walaupun tak sepenuhnya lagi .






nie lah karangan B.Inggeris yang aku simpan lagi . karangan nie adalah karangan tahun lepas sebelum exam SPM . terima kasih kepada guru-guru bahasa inggeris dari sekolah rendah sir Khairuddin , sir Amri Zakarian dan ada lagi yang aku tak ingat . seterusnya cikgu bahasa inggeris sekolah menengah sir Ragu , teacher Syarifah Intan , teacher Mona dan teacher yang membawa aku kepada kejayaan di SPM teacher Tanalachumi :D thanks to all teacher's and sir for bringing me to this level of success . thank you :)



tudddiaaa , nota sejarah yang aku simpan lagi . aku ingat lagi dulu . orang kata sejarah SPM susah sebab kena buat essay . oh my Allah ! then sikap malas aku untuk belajar sejarah pun pudar lepas aku selalu gagal masa form4 . malas nak belajar sejarah tu aku bawa sampai lah ke form5 . lepas tu aku mula sedar . tak kan nak gagal je kot . lulus pun jadi lah kan :) aku belajar dari kegagalan . aku belajar belajar dan belajar . dan cara aku belajar tu bukan untuk orang yang nak dapat A tapi untuk sekadar lulus saja sebab aku sebelum nie tak pernah lulus . cikgu bagi tips aku baca . sangat happy lepas belajar sejarah dengan seorang cikgu yang sangat bagus . cikgu Mazlaini . terima kasih cikgu kerana mengajar saya sampai saya dapat B+ cikgu . tak sangka saya . terima kasih jugak kepada cikgu sejarah yang lain cikgu Ibrahim , cikgu Aida , cikgu Nordin , cikgu Ijah yang comel :) cikgu Mohd Ngah dan cikgu Mazlaini :D terima kasih cikgu .






add math . huh ! semua orang cakap susah . aku ? pun sama tak boleh menafikan yang add math memang susah . fuhh ~ *berangin rambut* belajar add math dua tahun je . form4 dan form5 . form4 belajar dengan cikgu Norihan dan cikgu ****** . sorry lupa nama :) hekhekhek . masa form4 langsung tak belajar . dengan pergi pertandingan olahraga . banyak masa terbuang . dan tertinggal banyak chapter . masuk form5 masih tak belajar lagi . pegi olahraga lagi . terus muka aku hitam . main hoki lagi . hoi ! paria dah muka aku ha . lepas bulan 7 baru free . belajar dengan cikgu Ain Norman . cikgu yang comel & penyabar . cikgu nie memang pakai add math . kadang-kadang sapai 2 3 orang mengajar dalam kelas aku . cikgu Ain , cikgu Norita pun comel dan cikgu Sharina pun comel . semua gigih mengajar kami yang tak pandai add math nie . dan aku pun mula lah minat dengan add math . dulu minat math dan akaun je . sebab aku suka mengira . sekarang add math dah jadi satu subjek yang aku minat juga . satu hari ada kelas tambahan . budak yang duduk belakang sumua nak balik awal kecuali kami yang duduk asrama nie . kami tak kesah pun balik lambat . aku pulak suka sebab aku dah mula minat add math . segelintir budak kelas aku ada yang tak hormat cikgu Ain . dorang keluar ikut pintu belakang padahal cikgu Ain tengah duk mengajar budak kat depan yang tak paham tuu . dorang sangat kurang ajar . ada jugak budak pompan yang berteriak 'cikgu kami(team dia lah) nak balik lah cikgu!(siap sarung bag) . cikgu pun marah lah . mana tak nya selama nie cikgu sabar dengan perangai segelintir budak kelas kami yang dah lah tak pandai , nak kurang ajar . cikgu sanggup tunggu mengajar sampai petang semata-mata nak mengajar kita . dia pulak kurang ajar . cikgu menangis dn terus turun ke kereta dia . aku sebagai ketua kelas belari ikut cikgu Ain dengan kawan-kawan yang lain yang berminat nak belajar . kami mintak maaf . walaupun bukan salah kami . yang buat salah tak pegi kejar pun mintak maaf . cikgu menangis dan kami yang lain pun rasa sebak . ada yang mengesat air mata . sedih i_i . dorang memang biadap . cikgu dah tak nak masuk kelas . kami pergi cari cikgu mintak maaf . takut sangat sebab dah nak SPM masa tu . finally , cikgu masuk juga ke kelas untuk ajar orang yang nak belajar . besar sunguh jasa cikgu Ain kepada kami . terima kasih cikgu kerana mengajar saya Additional Mathematics sampai saya pandai sikit :D 




muka bajet malas tengok kertas akaun . letih dah mengira . akaun memang best . cikgu Zulkifly memang baik . tapi kadang-kadang garang . hekhek , terima kasih cikgu bawa saya ke tangga kejayaan .




dan ini juga aku anggap cikgu aku . hehhe . gila jap . ya dia cikgu aku . yang selalu mengajar aku kesalahan dan membetulakan kembali kesilapan aku . banyak berjasa terutama dalam mathematics , add math , sciences , perdagangan , dan juga akaun .


last sekali , terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang banyak membantu saya dan murid-murid yang lain sehingga lah kami berjaya ke tahap ini . segala jasa kalian tidak dapat kami balas . hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa cikgu-cikgu suma . dan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia . Teirma Kasih CIKGU !














Monday 14 May 2012

Ape Masalah Nye Nie -_-

ASSALAMUALAIKUM


hey, ape sebenarnya masalah kita nie . sorang perli sana . lagi sorang perli sini . ye ! yang sorang aku maksudkan tu ialah aku dan sorang lagi tu aku dedicated kan kat kau . yes kau lah Athirah Nasir . punca perselisihan faham . tak dapat dikenal pasti . okay , bukan tak dapat dikenal pasti , tapi malas nak mention kan kat sini . err -,- nak je aku baling buah tembikai kat kepala kau yang keras tu dan lepas tu aku baling pulak kepala aku yang keras nie dengan buah betik . dua-dua keras kepala . why ? sebab tak reti mintak maaf . aku , kau ! sama ! 


and now , aku panas kan air untuk lembut kan kepala otak aku yg keras nie untuk mintak maaf kat kau . ehh , NO ! aku tak nak mintak maaf . aku nak cerita segala yang terjadi . okay , actually , mula-mula pasal status kau tu kan ? okay , kau fikir sendiri *ehh lupa, reader yg lain . sorry , entry kali nie emosi sikit :)* malas aku nak stalker profile kau semata-mata nak cari status tu . tapi serius aku terasa dengan apa yang kau comment tu . kau kan ! ishh ! 


then lepas tu hati aku dah dihiris pisau potong lembu , aku terus update status :




ehh , kau terasa ? macam mana kau tahu status tu aku dedicated untuk kau ? haha , kelakar lah weh :) dan aku besorak-sorak bila ada orang like comment kau tu :D sorry tyra .


dan lepas tu aku ada IM kau kan ? okay , seriusly malas nak screenshoot IM tu . dan kau pun membalas . aku pun baca dalam hati *dengan nada yg sadis* . aku pun anggap benda tu dah selesai lah kan.

tetiba malam tadi kau memerli aku kat twitter pulak eh . kurang asam kau ! aku rasa sebab kau tahu aku sedang ber'twitter masa tu -_- heh ! tak guna kau memerli aku . ehh , mana boleh tak screenshoot . tak aci lah kan aku nye status aku screenshoot . aku SS jugak tweet kau :




siot kau . aku terasa doe baca tweet kau nie -_-


then aku tweet :  




okay , lepas aku tweet tu kau pun balas balik :



fuhh ~ selamber je kau kan ? mudah betul kau memerli aku -_- *pisau di tangan*

okay , sebenarnya motif entry nie aku nak say sorry kat kau . yela , dua-dua kepala berat *macam kereta ustazah dayah* bila nak habis kan ? okay , Nur Athirah Binti Mohamad Nasir . Saya mintak maaf okay ;) Nah , amik nie :


                                                          

Kembali Menaip :D

ASSLAMUALAIKUM

Ngeh Ngeh Ngeh ! Kini kembali menaip. Setelah sekian lama nye tak menaip. Omboiii. Hang buat apa Syafiq sampai tak da masa nak jenguk blog nie? Opss! Sorry reader. Bukan tak nak taip entry. Tapi tak de idea dan kekangan masa yang tak de langsung *poyo nak mampus,padahal tiap hari online mangkuk nie*. Okaylah, kan hari nie dah start menaip balik :) Jangan nengajok tau. Susahlah aku nak pujuk. Si cantik dan si kacak semua nie kan baik hati, semua mesti pemaaf kan? Hekhekhek (^_^)

Er.. Okay now aku nak citer sikit sebab apa aku malas nak taip entry. Fuhh ~ Actually baru-baru nie aku dah terguna BLOGSKIN. Err terguna? Okay, cuba untuk guna blogskin. Dan selepas wajah blog aku dah bertukar ke blogskin, memang sangat cantik. Serius cantik sangat. Tapi, lepas guna blogskin aku sangat-sangat malas nak menaip entry dan jenguk blog nie. Tak tau macam mana boleh jadi malas teramat sangat.


Tapi sekarang dah rajin balik nak menaip. Actually, macam-macam yg aku dah terlepas nak buat entry. First pasal hari lahir aku 8-May-2012 hari tu :'| sob sob sob. terlepas dah. second untuk mother's day. tapi tak pa lah. dah wish face to face. dan face to facebook :)

Okaylah, malas nak ngomong bebanyak. Lain kali menaip lagi. Hekhekhek :)

 

Thursday 3 May 2012

Mohon Pendapat Anda


Entry ke-3 berturut-turut pasal ke U nie. Masya-Allah sangad pening pikirkan semua nie. Tapi tabah untuk masa depan aku jugak. Dengan result SPM yang tidak seberapa, Alhamdulillah dapat jugak offer untuk sambung belajar. 

Malam tadi aku ada cerita kan INI kan? Dan pagi nie aku bukak balik ke web UniKL Admission result nye dah keluar. So syukur Alhamdulillah aku diterima untuk course Physiotherapy di College Medicien Perak. Tengok kat bawah nie :


Okay, sekarang nie ada 2 pilihan yang aku nak mintak pendapat korang semua. Dalam entry aku SINI aku ada kata yang aku dapat jugak kan.

Ha? Tapi course tu Medical Assistant. Jadi aku nak mintak pendapat korang bagi memudahkan aku membuat pilihan. Kalau kakak'2 dan abang'2 tuu mestilah tahu kan. Mintak sangad semua bagi respond yang sangad baik. Serius tengah confius la nie.

Okay, pape pun, salam Jumaat yang penuh barakah semua :)



Blur + Terpinga-pinga --'


Aku bukak web UniKL Admission untuk check Application Status. Memandangkan hari nie dah 4/5/2012. Aku pun beria-ria lah ke web tu untuk tengok pemohonan aku diterima ke tidak.




Dia tulis kat situ FOR DIPLOMA AND BACHELOR PROGRAMME (EXCEPT UNIKL MIAT AND PROGRAMME DET in MARINE ENGINEERING, UniKL MIMET) . Sebab courseyang tu semua kena temuduga. Rasanya lah.


Dan aku terus masukkan no i/c aku :




Ini jawapan yang dia bagi ! Chiss, penat aku tunggu betul-betul 4-May-2012 jam 1200 a.m. Uishhh ! Excited tahu tak. The answer is IN PROCESS. Er... Key bye --'



Mungkinkah ini pilahan aku?


Hyepp semua :) Guling-guling, tetonggeng, telentang, ketuk dinding dan macam-macam lagi aku buat. Ahahaha, tak de la sampai cam tuu sekali kan. Tipu jee. Actually, happy jee lepas dapat keputusan yang aku layak untuk sambung study ke Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS). Er, sebenarnya college nie college swasta under MAIWP. So, kalau aku tak dapat tawaran UPU/IPTA yang lain, ini lah tempat yang aku akan pergi. Em, nak tengok? Nah amik nie :




Nak tahu course ape yang aku dapat? Diploma Medical Assistant. Sangat bagus. Sebab aku memang minat medic nie :) Tapi ada satu lagi U yang aku tunggu result nya. UniKL ! Haha, malam nie dah boleh check dah 4/May/2012. UniKL pulak aku mintak course Physiotherapy dengan Radiography. Mintak sangat dapat. Kalau dapat Alhamdulillah. Tengah menunggu jee nie :D Okay lah, tuu je. Doa kan aku dapat keyh. Untuk aku buat pilihan yang mana paling terbaik untuk masa depan aku. InyaAllah ^_^



Bob Kuman Meninggal Dunia



Okay, nie berita yang baru saje aku dapat dalam faceboo dan blog'2 rakan blogger yang mengatakan seorang artis telah kembali ke rahmatullah petang nie iaitu Bob Kuman. Kat atas tu print skrin yang aku buat dari pada facebook. Ape pun aku tak dapat lagi kesahihan berita nie. Kalau betul lah diharapkan kita dapat samasama mengsedekahkan al-fatihah kepada beliau. Moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


p/s: maklumat lanjut ke SINI !

BEN ASHAARI : MAY 2012



Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak join bloglist Abg Ben untuk bulan May nie :) Em, kanapa aku nak berada dalam bloglist? Okay sebabnya dapat lah menambahkan lagi pembaca dalam blog aku nie. Kan ramai orang tahu bolg Abg ben nie menjadi tumpuan ramai. So, ianya boleh meningkatkan lagi follower aku dan menaikankan lagi semangat aku untuk mencetuskan idea dalam dunia maya nie :) Dan kalau dapat masuk bloglist Abg Ben bulan nie sangat gembira lah sebab bulan May nie pun hari jadi aku :) Kih Kih Kih..


Pendapat tentang blog Abg Ben pulak? Okay, blog Abg Ben memang menjadi inspirasi aku untuk berblogging nie. Selain dari Blog Akak Lyssa_Secret kan? Mesti semua kenal. Tak nak citer pasal Kak Lyssa_Secret. Abg Ben memang bagus. Bukan setakat cerita tentang peribadi, malah sentiasa memberi pandangan tentang persekitaran kita. Sangat bagus ! Abg Ben TERBAIK !!


Okay aku nak mintak korang tolong vote untuk Abg Ben boleh? Senang jee. Klik link ni ,http://bit.ly/JiGSp6 dan login pada FACEBOOK .. seterusnya VOTE .. tu je ..