Syafiq Rashid

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Assalamualaikum. Nama sudah tertera diatas. Currently study Medical Assistant at Pusrawi International College of Medical Sciences. InsyaAllah :) ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн. єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн. ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиαℓℓαн. ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуααℓℓαн. уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву αℓℓαн ѕωт :')

Sunday, 9 December 2012

Doa Ketika Hujan :)

ASSALAMUALAIKUM

salam Ahad yang penuh kebahagiaan . dah petang cenggini , mula lah bosan datang . so , buka blog dan terus update untuk korang ;)

erm , sekarang nie selalu sangat hujan . betul tak tipu . kalau kat tempat aku selalunya petang lah start hujan . dan sekarang nie pun tengah hujan . bila dah hujan nie kita jangan lah pulak merungut sebab hujan . malah sepatutnya kita patut bersyukur sebab hujan tu adalah rahmat dari Allah . 

dan korang kena tahu yang salah satu waktu mustajab atau waktu doa tidak akan ditolak ialah waktu hujan macam nie lah . jadi , kita kena lah ambil peluang yang sangat berharga nie untuk berdoa kepada Allah . doa apa saja . doa yang baik baik . in sha Allah diperkenankan :)

Doa ketika hujan :

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
[ Allahumma Shoyyiban Na’fian ]
 
Yang bermaksud :
Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari) Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).
 ha , selain dari doa nie , kita boleh jugak doa untuk benda yang lain . agak agak nampak awan mendung bergerak dengan sound effect macam dalam citer hantu tu , cepat cepat lah sedia kan doa banyak banyak . hehehe :)
 kita sebagai hamba Allah yang meminjam dibumi milik-Nya nie jangan sombong . minta lah bantuan daripada Allah . tatkala hujan turun membasahi bumi , berdoalah dengan gigih , tekun dan tawaduk . in sha Allah , doa kita diterima oleh Allah S.W.T . haa , amik kau ayat . sikit punya sastra lagi . haha , bukan cara penyampaiyan yang difikirkan . sebaliknya , maksud ayat yang mendalam tu yang patut dikejar dan diketahui .
  p/s : maaf atas penggunaan ''AKU" kepada yang lebih tua.
 
 
 
   

Saturday, 1 December 2012

Taubat Itu Penting :')

ASSALAMUALAIKUM

1 December 2012 . sekejap je masa berlalu . dah nak hampir ke penghujung tahun 2012 . banyak perkara yang berlaku tahun nie . tak boleh terbilang dah . perkara baik ? perkara buruk ? DOSA dan PAHALA ? kita manusia semua sama . tak lari dari melakukan kesilapan . tak lari dari melakukan dosa . jadi kita mesti lah sentiasa bertaubat . memohon keampunan dari Allah S.W.T . bak kata saudari Nuraini Mustapha :

Taubat tidak semestinya di atas sejadah atau di masjid, ia juga boleh semasa memandu, di hadapan komputer, di hadapan TV, di dapur dan sebagainya. Yang utama adalah penyesalan di dalam hati dan keazaman untuk tidak ulanginya serta titiskanlah airmata keinsafan tuh ツ ツ ツ 

jadi , tak kisah dimana pun kita berada , taubat itu sangat penting . dan kita perlu tahu lah cara taubat yang betul .

Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :
"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata :
“Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata :
“Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata :
“Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)
Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
Cara-Cara Bertaubat
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah : “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)
Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.
Penutup


Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :

"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”
 
akhir sekali , segala yang dikongsikan haruslah kita amalkan . saya juga baru belajar untuk berubah . dan sama sama lah kita untuk menuju ke jalan-Nya :) in shaa Allah .
 
 
 
 
p/s : sumber dari blog Ustaz Nor Amin 
 
 
 


   

Wednesday, 14 November 2012

Kalau Aku Termenung, Mesti Aku Teringat

ASSALAMUALAIKUM


salam diberi dengan penuh kasih sayang. sila lah jawab dengan penuh kasih sayang juga.

hari nie dari pagi sampai petang aku duduk rumah. yes, hari nie sangat boring. betul tak tipu. semua orang keluar pergi jalan hari nie. aku? duduk rumah seharian. mengalahkan anak dara aku hari nie. yelah, tak tahu nak keluar dengan siapa. ada member tak tahu kemana. sampai lah aku terlampau boring dan mengemas folder folder yang ada dalam laptop nie. dan gambar gambar yang disimpan semuanya.

masa tengah mengemas semua tuu. aku ternampak pulak satu gambar tu. aku baca lah ayat yang ada dalam gambar tuu. and yeaah! baru aku ingat yang gambar tu aku print screen malam tadi dari twitter. sebab aku print screen benda tu? sure lah aku suka dengan ayat dia. kalau tak aku abaikan tah kemana.

   
korang baca tweet tuu. betul juga apa yang ejat kata. kadang kadang benda yang dah lepas yang kau ingat tulah banyak buat kau sedih bila orang yang kau rapat jauh dari kau. aku bukan cakap kat orang lain. dekat diri aku sendiri pun berlaku benda yang sama. ye, semua orang aku rasa pernah mengalami benda yang sama. bila duduk sorang pasti akan teringat segala kenangan dengan orang yang rapat dengan kita. dan bertambah pulak kesedihannya tuu bila orang yang kita rapat dah jauh dengan kita.

kehidupan aku pun sama juga. sekarang nie dapat rasakan orang yang rapat dengan aku dah macam jauh daripada aku dah. aku perasan sangat. tapi tak pe. aku ingat satu pesan daripada cikgu bahasa melayu aku dulu. dia kata :

"dulu masa belajar saya sorang sorang . tapi alhamdulillah saya dapat juga capai kejayaan sampai sekarang" 

bukan aku nak kata kita kena duduk sorang. tak. kita kena lah berkawan. cari kawan selagi boleh. kawan mesti dicari. munsuh mesti dijauhi. tapi, kalau orang dah jauhkan diri dari kita, tak payah lah kita nak sedih kan diri. kawan ramai lagi yang nak berkawan dengan kita. aku sendiri baru sedar. mungkin aku boleh berjaya juga macam cikgu aku tuu. kita kena pandai hidup. tak perlu nak mengharapkan daripada orang lain. kita ada hala tuju. just go on. tak payah pandang orang lain. kalau orang tu tak peduli kat kita. jangan sampai orang tu dah berjaya tapi kita masih lagi tiggal dibelakang. disebabkan daripada silap kita sendiri.


wahai kawan. aku sedar sekarang kita dah tak serapat yang dulu. yang jalan sama sama. kemana pun sama sama. kecuali bila mandi dan be***. HAHA` tak pe. aku tak kesah. as long kau bahagia dah lah. aku nie orang yang happy jee *hihi, mesti korang rasa nak rejam aku dengan batu* aku pun bersyukur sangat sebab ada lagi kawan yang baik hati walaupun ada dalam dunia maya jee kenal :) korang yang selalu support aku. thank you very much.

 
 

Sunday, 11 November 2012

Kehidupan Dalam Perubatan

ASSALAMUALAIKUM


Bismillahirahmanirahim// hai semua. haa. hari nie tetiba aku rasa macam nak update blog. yeaah! memang pun. tapi malam nie aku nak kongsi cerita pasai benda lain. izinkan aku untuk kongsi cerita selama beberapa bulan aku belajar dalam bidang perubatan nie.

actually, aku datang dari bidang yang berlainan. aku dari kelas perakaunan. tetiba dipaksa masuk dalam bidang lain dari akaun. ehh, bukan dipaksa, tapi dengan rela hatinya. yaah! aku dapat macam macam tempat untuk future study. tapi banyak untuk perakaunan. kenapa aku tak pilih akaun? tah lah. *mesti koang rasa macam nak hentak kepala aku dengan betik kan?* HAHA`lastly, aku pilih medical assistant untuk future study aku sendiri. yaa, dari kecik dulu aku memang ada pasang cita cita untuk jadi doktor satu hari nanti. eleh, tak payah nak sembang kencang ah korang. mostly, semua masa kecik dulu bila cikgu tanya cita cita dah besar nak jadi apa, semua pakat jawab nak jadi doktor kan? haa, sama jugak macam aku :)

dan ini lah jalan aku untuk capai cita cita masa kecik tu dulu. yelah, memang orang kata agak sukar dan jauh perjalanan yang aku pilih nie untuk capai cita cita tuu. tapi, jika ditakdirkan aku tak dapat nak jadi seorang doktor, aku masih lagi berada dalam bidang perubatan sebagai pembantu perubatan. 

pengalaman aku bila belajar dalam bidang perubatan nie. sangat angat best bila dah duduk study dalam bidang nie. walaupun kadang kadang suasana kelas yang sangat kecoh dan ada jugak kadang kadang tu macam macam problem dalam kelas. but, everythings yang terjadi adalah satu pengalaman dan sesuatu yang mengajar erti dewasa. dewasa apa? dewasa untuk menyelesaikan masalah.

dalam perubatan nie banyak yang kena menghafal. nak nak dalam subjek anatomy lah. anatomy sangat penting. banyak sangat yang nak kena hafal. organ dalam badan, tulang, termasuk lah sel sel yang halus dan kecik tuu. bak kata sir Hafiz, kalau tak tahu struktur tubuh badan dan ape yang terdapat dalam badan, kita tak kan tahu physiology dia. macam mana dia membantu dalam pergerakan lah ape lah. actually, aku banyak lagi yang tak hafal. terutamanya bab skeletal system. bruuuu ~~

  
masa lukis gambar tulang tangan nie memang aku sangat bengang. dah la aku nie tak pandai melukis, kena pulak lukis benda benda macam nie. heh ~ tension gua.

banyak yang best belajar benda benda macam nie. nak nak pasal cell. kadang kadang tu bila dah belajar pasal perubatan nie, baru aku tahu sains dan islam memang tak jauh bezanya. kepala otak aku nie tertanya tanya jugak, macam mana Allah boleh mencipta sesuatu yang sangat kecik macam cell cell dalam badan kita nie dan setiap benda yang ada dalam badan kita nie semua ada fungsinya sendiri. begitu indah ciptaan Allah kepada manusia seperti kita nie. macam yang Allah dah kata kan, manusia adalah seindah indah ciptaan :)





 
kalau nak dicerita kan pasal perubatan nie memang banyak. aku pun baru je dekat lima bulan belajar dalam bidang nie. aku bersyukur sangat dapat duduk dalam bidang nie. dan harapan aku dapat lah membantu orang ramai suatu hari nanti dan terutamanya dapat membantu dalam kalangan family aku sendiri. InsyaAllah. Doakan aku dapat mencapai cita cita aku sebagai Doktor Orthopaedic.

  


  

Saturday, 10 November 2012

Banyak Yang Tak Tercerita

ASSALAMUALAIKUM


Bismillahirahmanirahim// ya Allah ! Alhamdulillah, syukur sangat dapat update blog nie . lama sangat ahh tak update blog nie . dekat sebulan lebih . last update bulan 9 . tu pun satu entry jee . seriously, lately memang busy gilos ahh. ehh, yeker? padahal everydays online facebook ngan twitter. tapi blog langsung tak terusik. btw, malam nie aku gagahkan diri untuk update sebab blog aku pun baru jee di-edit baru . hehehe :p baru je malam semalam . tak cantik mana pun . tap rasanya lagi bagus dari sebelum nie kot . 

okey . semenjak dua menjak nie . macam macam masalah dah jadi . ye lah . kat dalam kelas aku sendiri . aku pun tak paham lah . kadang-kadang tu baik , elok , happy jee . tapi kejap je nanti , tetiba , kelas jadi taufan sorang tengking sini , sorang tengking sana . dan ada gak yang melebih-lebih dalam kelas tuu . ish ! rasa macam nak baling je tembikai nam puloh biji atas kepala dorang nie . kita dalam kelas mesti lah jadi satu family . kena happy . dulu masa awal awal masuk kolej , semua happy je . best sangat . but now , ermmm ....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

haa , sekarang nie budak tengah exam SPM kan ? hohoho , gud luck korang . especially junior junior hostel dulu . Otai , Kali , Wan , Fadhil and sesiapa je lagi ahh . good luck . do your best , and let's Allah do the rest . 

 
 tetiba rasa rindu pulak zaman kegemilangan aku dulu masa amik SPM . rindu struggle dengan kawan kawan kat hostel . rindu jalan sorang sorang time exam Akaun dari asrama ke sekolah sebab sorang je laki yang amik Akaun time tu . sedih ouh masa tuu . haha . rindu that moment :')
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


haha , okelah . rasanya tu je kot untuk entry kali nie . tak tau dah nak cerita ape . haha , padahal tajuk macam banyak sangat jee kan . 
ehh , ape ape pun kalau ada sesiapa yang buat contest ke , giveaway ke . mai lah ajak join . lama sangat dah tak jon benda benda macam tuu . hehehe :D 
okeylah , wasalam ~

   


 

Monday, 10 September 2012

Kau Akan Jadi Sahabat, Bukan Kawan.

ASSALAMUALAIKUM

Bismillahirahmannirahim// Hai geng ! Apa khabar ? Sihat ? Hehe , Me ? Ouh so sorry sebab dah lama sangat tak update new entry kan . So , this night rasa macam kena jugak rajinkan tangan nak update entry baru . Penting ? Penting lah kot . Kalau tak tak kan aku rajin nak mampus taip entry baru .

Okey, lets me move on . Firstly, entry kali nie korang akan berasa sangat boring untuk baca . Nie adalah entry kedua yang aku taip untuk dedicated kat seseorang . Ouh yah ! Selamat Hari Lahir Farhan !

  (paling kiri adalah farhan)

Yeah ! Paan . Member baru . Bila masuk je kolej tak kenal dia lagi sebab tak duk satu kelas lagi ada orentasi . So , bila dah masuk kelas , belajar . Ouh , i know . Dia satu kelas dengan aku . Dia Farhan Sarjuni .

Hey Paan . Dengar sini aku nak cakap sikit . Seriously , aku syukur sangat dapat kenal dan berkawan dengan kau . Selain kau , ada jugak Fazuan , Luqman , Ferdaus , Zul , Acab and ....... Sorry bro kalau selama kita kenal beberapa bulan nie aku ada tergila , tersewel , tersakai . Ouh , so many things lah aku buat kan . Kadang2 benda yang aku buat tu sangat annoying kan bagi korang . Sampai lah aku dah berapa kali kena lempang dengan kau (dalam lif) While only just a joke . Takpe , aku tahu kau tak sengaja . Perangai kau lain sikit kot . Okey aku pegang satu perkara jee :

Jadilah kamu orang yang baik , orang yang bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri.

Trust me . Aku akan jadi orang yang akan menghappy kan korang selama 3 tahun aku kat MA .

Okey, kau pernah cakap dengan aku yang kau nak cari kawan baik yang dapat nasihat dan tolong ubah perangai kau . Tu pun kalau kau ingat lah kan . [Malam lepas belajar dengan Mia. On the way pegi beli burger Fazuan .] Okey Paan . Aku boleh jee . Walaupun aku nie takde lah baik sangat kan . But, InsyaAllah I will :)

Hidup ini jangan sibuk nilai orang lain.
Sebab biasanya, kita tak jadi penilai dah nanti.
Kita jadi pemfitnah sahaja.
lebih baik menilai diri sendiri dari masa ke semasa,
adakah perubahan demi perubahan >_<

Ingat Paan kat dunia nie, ramai sangat bercita cita nak jadi hakim, sampai lupa nak tahu hakim yang paling terhebat iaitu Allah S.W.T♥

Okey , tu jee kot yang aku rajin nak taip . Wallahualam . Moga kita akan jadi sahabat didunia dan akhirat . 

Syukran// 


Friday, 24 August 2012

More To Boring !

ASSALAMUALAIKUM

 ( Bakal Medical Assistant lagi 3 tahun ^^ )

Hai reader :) Selamat Hari Raya ke-6 . HAHA` Okey-okey , entry kali nie bukan nak ucap selamat hari raya , ke hape mintak maaf ke yang panjang sampai maghrib pun tak habis . Sebab tu semua aku dah buat dalam entry sebelum nie . Korang tak tahu ? nampak sangat korang tak baca . Sedihh bhaii Y_Y Pii , baca cepat . Penat aku mintak maaf tahu . Sobsobsob ------> Baca Baca Baca !

Okey , dah habis baca ? Ok , tyou :D

Hehe , how you eid ? Best ? Banyak dapat duit raya ? Mesti banyak kan ? Untunglah~

Aku pulak , raya tahun nie macam takde jee . Masa kat kolej , bukan main tak sabar lagi nak balik raya . Masa raya pulak , macam tak raya . Damn sedih -.-' Raya ke-4 aku dah start beraya dengan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu . Best ! Perangai dorang macam dah berubah sikit ahh . Daripada yang gila-gila , kurang sikit ah gila dia tuu . HAHA

 (tak paham aku asal tetiba macam tu rambut aku sekarang o.o)

Duit raya pulak ? Soalan yang sangat dibenci oleh remaja yang dah habis sekolah macam aku . Duit raya aku kalau beli baju dua pasang pun boleh habis tau . Bertapa sikitnya duit raya aku tuu . Tapi , semenjak sambung belajar nie , ehem ehem ehem . Pakcik dan makcik aku ysng ohsemm bagi duit lebih . Duit raya lain , duit belajar lain :) Aww , aww . sweet ahh cam tu kan kalau setiap tahun macam tu .

Okey lah , wasalam :)

 

 


Saturday, 11 August 2012

Nak Ucap Selamat Hari Raya Boleh ?

ASSALAMUALAIKUM

Hai rakan-rakan pembaca :D Kihkihkih . Intro mintak penampar nam belas kali + mercun roket dua das . aiyaaa , jangan main mercun maa . nak dekat raya dah nie wehh . jangan buat perkara yang tak senonoh . Tak dapat raya nanti .

Em , minggu depan dah nak raya kan ? Wahh , tak sabar nak balik raya kat rumah . Minggu depan baru balik . Hari khamis 16hb . Sebab Isnin sampai Rabu ada kelas lagi . Kena follow kelas tuu . Nanti bulan September ada exam mid-term . Ouchh !

Yeahh ! And now , sebelum merapu panjang sangat , aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kat korang semua :D Kenapa awal sangat ? Okey , sebenarnya takut nanti kalau dah balik kampung takut tak sempat update blog nie dan tak sempat nak wish kat korang . Aku nak mintak maaf kalau selama aku berblogging nie ada salah dan silap . And , ada kekasaran bahasa selama aku menaip entry yang kadang-kadang tu langsung tak berguna sebab kekuranggan idea .

Rasanya kalau nak cari silap aku tuu memang sangat banyak kot . Kot ? Tah lah . Korang yang tentukan . Sebab korang yang baca entry-entry aku . Ehh , tak lupa juga kawan-kawan aku yang sangat baik, cantik, kacak bergaya, hensemm dan sebagainya seperti Alif , Ayie , Halim , Lilay , Intan , Lily , Alifah , Taqiah , Athirah , Eiyka , Cipah , Hakimy Zamri , Amirul , Nazreen , Fazuan , Luqman , Mamu dan sesiapa lagi lah yang tak disebutkan nama . Rasa nya kalau nak mention sorang-sorang memang sangat ramailah kan . 

  "Ku susuh sepeluh jari , Memohon keampunan serta kemaafan atas kekurang dan kesilapan diri ini"

Okaylah , ada kerja nak buat . Nanti ada masa aku update lagi . InsyaAllah :)