hai semua . lama dah kan aku tak update . busy wehh . busy tang mana pun tak tau . tapi lately seriously memang busy gilos . penat ohh . huh ~ macam-macam kerja yang aku buat . sampai terlupa kat blog huduhh nie . ada janda aku pun bukan nye reti nak tolong update kan . tak habis-habis terukir dibintang je *awek saya yuna* haha ~
herm .. hermm .. eh korang . hari nie dah 27/Jun weh . lagi 3 hari je lagi aku dah nak masuk college . huh ~ persediaan ? 80% dah siap . ehh ? mana lagi 20% ? yang selebihnya diri aku sendiri lah . insyaAllah aku akan siapkan diri aku dengan persediaan fizikal dan mental .
*sila tumpu pada bag dan kasut tu ja . yang lain semua barang harian biasa seperti laptop broadband phone. haha*
*inilah bagasi saya*
korang tahu aku masuk college mana tak ? ouh ya , aku akan masuk dan belajar di Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) . aku akan belajar kat sana dalam diploma Medical Assistant selama 3 tahun . ouh mai ! lama ahh . sob sob :'( alhamdulillah , tak kisah pun kita belajar kat mana . janji ada niat dan semangat nak belajar betui dak . aku pun takde lah kisah sangat tempat nak belajar . kalau tak aku akan ke UniKL Royal College of Medicine Perak untuk course Physiotherapy . tapi , Allah dah bagi jalan yang terbaik untuk aku ke PICOMS nie . insyaAllah :)
em , ouh ya . kawan-kawan pula . ehh ,korang yang ajak aku pegi datang sekolah untuk tengok sukan tahunan . sorry guys , bukan aku tak nak datang . seriously aku banyak lagi benda yang nak disiapkan . for the first time kan aku tak dapat join korang . sebelum-sebelum nie aku tak pernah pun tak pergi mana-mana yang korang ajak . sorry once again . surely aku tak kan pernah lupakan korang . walaupun kat sana nanti aku dah konfom punya ada kawan baru kan . tak kan nak duk sorang je kot . kau gila ke hape nak forever alone . huh ~ tak sanggup aku ahh . tapi persoalannya sekarang. adakah aku akan dapat kawan seperangai dan sekepala dengan aku macam Bulat , Aboy , Ayie , Alim , Lilay , Bob , Pakoi , Amad , Capang dan Khalil ? mungkin tidak . korang lah yang paling sporting gila . kita pernah tidur 1 bumbung , 1 asrama , makan 1 dewan makan dan 1 meja , kadang-kadang overnight dan tidur rapat katil , jemming , menyanyi dan segala yang terlalu banyak . ingat tau . kita pernah sama-sama . 5 tahun . insyaAlllah kita sahabat dunia & akhirat .
okay geng , hopefully korang dapat doa kan aku berjaya kat sana tau . kalau aku dah jarang update nanti , korang jangan lah tak datang pulak blog aku nie . datang ah sekali sekala . kesian blog aku forever alone . tapi aku akan usaha juga untuk update blog nie . ape guna bawak laptop kan tapi tak berupdate . mohon jejari nie rajin untuk menaip :)
wasalam ~
Salam Sayang Dari Syafiq Rashid (^_^)v
Gud Luck. :)
ReplyDelete@Nadieya terima kasih nadieya :)
ReplyDeleteAwww awww.... cian dia masuk dah BUAHAAHA!!!
ReplyDeleteT___T - sobs sobs.... aku jer belom haha!!
@Muhamad Azam kesian kan kat aku. kesian kan , kan , kan ? muwehehe
ReplyDeleteUntunglah dapat masuk collage kita pon tak sabar nak habis sekolah menengah. harhar. Btw, jemput ke entry baru saya http://eykaee.blogspot.com/2012/06/blog-post.html
ReplyDeletebye2 bro..good luck! semoga berjaya dunia akhirat, jangan lupa aku tau :') hehe
ReplyDelete@Zulaikha Amielia sabar-sabar . habis kan sekolah dulu :)
ReplyDelete@Hakimy Zamri amin , kau pun moga berjaya dunia akhirat . aku tak kan lupa kot kat hang :')
ReplyDeletesalam..nk tny..brape yuran nk msuk picoms ek?
ReplyDeleteyuran pinjaman ptptn, 45, 000. picoms yang uruskan. and ada elaun baitulmal yang nie tak payah bayar balik..
ReplyDelete<--------InsyaAllah bakal student picoms oktober ni. Huhuhu. Best blog ni.
ReplyDelete