Bismillahirahmanirahim // *hambik kain buruk bersama ajax fabuloso then lap lap blog yang dah berhabuk , then baca Yaasin bagi Ju-On keluar daripada blog nie* fulamak cerita aku over je kan mengalahkan dah lama aku tak hadap menatang ni . but actually lama juga . kau hengat senang nak dapat idea nak update blog . kalau senang aku cakap sampai korang muntah dah baca luahan sanubari aku kat blog ni macam korang baca buku sejarah form 4 , ewah . so macam mana rindu aku ? aumm teruja aku dengar ! *dengan tak semena mena aku kena rejam guna tong gas beberapa biji* melihatkan tajuk entry kali ni , single ? cambest je kan bunyi dia cam gatal miang je kan . memang best kot ...... sesaja je kan sambil deduduk atas kerusi macam model sepenuh masa ni haa dapat lak idea aku nak buat entry camni . tapi aku tak hadkan yang single je boleh baca , 18 tahun ke atas ke kan , tapi yang couple pun boleh baca gak , then bila dah baca mesti korang teruja nak single kan , better kau single je weh *turn on lagu patah seribu* kau hengat kelakar ke Afeeq ?!
SEBAB SINGLE?
*sambil kunyah gummy bear beli kat Tesco hanya RM3.49* kalau nak cakap sebab single ni senang je and macam macam sebab kau boleh list kan . antara sebab utama kau kena tinggalklan si dia automatic kau dah jadi single takpun janda . tapi sebelum kau kena tinggal tu mesti ada sebab dia sendiri kan . contohnya tetiba kau tumbuk muka awek/pakwe kau secara tetiba , kau kentut merata rata depan muka dia ke , kalau aku pun memang dah tinggalkan kau terkontang kanting sesuka hati je nak tumbuk aku tanpa sebab . but then ada jugak yang single tanpa rela kan , ewah *capai pampers mamy poko nak lap air mata* macam tetiba pakwe dia sakit ke and ada masa sebulan je lagi nak hidup , aummm , tragis sangat je cerita , nak pindah luar negara ke , nampak tak drama dia macam Ombak Rindu ? filem simple . macam aku cakap kat atas tadi jugak , kalau kau nak cakap pasal single ni memang banyak . ada orang kata single nie awesome , tapi bila dah single menangis macam nak gila mati . padahal dia tinggalkan kau sebab orang lain , baik kau tak yah nangis . yang perlu kau buat panggil dia then bila dia dah datang , kau hempuk dia guna meja pejabat pos then kau blah , dia bisu ke pekak ke tu belakang cerita . yang penting apa ? hati kau puas dapat belasah dia sampai senget sebelah kepala dia dan kau akan mention aku kat twitter cakap *thankiu Afeeq sebab bagi tips bunuh orang* tak lawak Afeeq --"
KEBAIKAN SINGLE?
yeahh , boleh elak daripada maksiat . tapi bila single tu tapi kau pegi lepak tepi pantai tengok minah saleh pakai bikini merah jalan jalan then kau snap bebanyak gambar dia dah dapat dosa . lepas tu kau pegi kutuk orang yang bercouple tengah dating tu pun dapat dosa jugak . tapi bila single ni memang best lah wa cakap sama lu . sebab takde sapa yang nak larang kau berkawan dengan Norlia Ghani . kau nak lepak dengan Rosnah Mat Aris sambil manja manja pun takde sapa nak jeles and had kan waktu kau melepak tu lah kan . kalau ada pun mak apak korang yang panggil balik umah suruh pegi mengaji ke bagi ikan makan dedak ke kan . ouh pleaseeee *gaya minah gedik bukit bintang* rimas jugak kenkadang bila dah selalu macam tu kan . asal gaduh je sebab cemburu , asal gaduh je sebab tak bagi kawan dengan orang tu . aku yang dengar nie pun rimas weh , macam mintak terajang kasut lapan inci Mariah Carey je kau tahu . bila single ni gak kau tak perlu nak fikir macam macam , kau fikir tentang diri kau je , nak makan ke , nak mandi ke pun takda orang bebel melainkan mak kau sendiri . kalau couple mak kau lagi bebel , dengan dia lagi bebel . tak memasal nanti kau dah boleh tempah tiket masuk wad kecemasan untuk wanita bersalin sebab tak tahan kena leter . and bila single ni jugak takde lah kau akan dapat masuk wayang sesama buat wayang kau sendiri . cam dah biasa je ayat muntah berdarah nie kan ? macam sekarang lah , korang tengok citer HACKS yang korang dok nangis tengok tu kan , tapi bila single kau gi tengok sensorang je takyah nak fikir nak pujuk dia bila nangis tengok citer tu . and aku pelik , sekarang ni semua nak main singkat singkat kan . macam citer SAM .lepas nie kalau aku nak makan aku nak cakap camni TBAMNABBAMNK , kau paham ? bila kau buat tak memasal kena terajang dengan orang yang kau cakap tu *Tolong Belikan Aku Makanan Nanti Aku Bayar Balik , Aku Malas Nak Keluar*
KEBURUKAN SINGLE?
bila cakap pasal keburukan single ni , entah aku sendiri pun tak tahu gak ada ke keburukan single ? tapi sebabkan aku suka merepek tak tentu pasal golek golek aku buat jugak pasal keburukan dia . macam kalau kau couple sweet sweet aumm tu kan sometimes ada juga orang akan ingatkan kau untuk buat sesuatu . macam suruh solat , kejut kau bangun solat semua kan , macam ni :
BILA COUPLE : SAYANG ESOK I KEJUT YOU BANGUN SAHUR TAU , NANTI TERUS SOLAT SUBUH
BILA SINGLE : KRINGGGGGGGGGGGGGGG *bunyi jam loceng tu pun kalau sedar*
even kau angkat call dia pun tengah mamai , dia akan terus call kau sampai kau bangun . tapi bila jam loceng kau tutp je terus kau terlajak tidur sampai buka . ni koma ke tidur kan . and then , kau jugak akan punctual sometimes . sometimes jelah kan , but at least ada daripada tak ada kan . tapi kadang kadang dengan couple pun boleh buat kau leka jugak dalam hidup kau sebab akan habiskan masa dengan dia . tapi masing masing dah besar kan , so kena pandai beza semua tu . even Azwan Ali yang dah couple tu pun single balik selepas baca blog aku , eh ?
tapi bila fikir balik pasal benda ni semua , even single ke couple ke tu semua ada kebaikam and keburukan masing masing even korang nak assume macam macam kan . kalau kau percaya kat jodoh kau sendiri , even kau tak confess kat dia , one day kalau jodoh kau dengan dia , kau akan bersama jugak dengan dia , yang pastinya cuma lambat atau cepat je . hanya Allah je tahu apa yang Dia rancangkan untuk kau . nak kata kata jealous dengan orang yang dah bercouple tu tak boleh juga , tu jodoh kau jauh kat depan sana tengah tunggu kau tu . dorang yang dah couple tu tak lama lagi clash ah tu bila masing masing dah bosan *sambil menaip kena baling tembikai nam puloh biji dengan orang yang dah couple* so bila kau berjalan kau kena ingat , even single , kiri kanan kau akan ada orang yang bersama kau , keluarga dan sahabat !
Terbaik.. bagus
ReplyDeleteB-18-03
*kelip2 mata* siapakah? hehe :D
Delete*berdiri atas kerusi sambil jerit* "Couple Is Simple , Couple Is Trouble" hahaha semangat ni tau :p
ReplyDeleteaummm , semangat betul anda :D
DeleteThanks syafiq. entri yang meaningful. love this :')
ReplyDeleteAlhamdulillah , too miss your entry Kimy . Bila nak start menaip balik ? (T_T)
Delete