Syafiq Rashid

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Assalamualaikum. Nama sudah tertera diatas. Currently study Medical Assistant at Pusrawi International College of Medical Sciences. InsyaAllah :) ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн. єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн. ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиαℓℓαн. ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуααℓℓαн. уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву αℓℓαн ѕωт :')

Wednesday 14 November 2012

Kalau Aku Termenung, Mesti Aku Teringat

ASSALAMUALAIKUM


salam diberi dengan penuh kasih sayang. sila lah jawab dengan penuh kasih sayang juga.

hari nie dari pagi sampai petang aku duduk rumah. yes, hari nie sangat boring. betul tak tipu. semua orang keluar pergi jalan hari nie. aku? duduk rumah seharian. mengalahkan anak dara aku hari nie. yelah, tak tahu nak keluar dengan siapa. ada member tak tahu kemana. sampai lah aku terlampau boring dan mengemas folder folder yang ada dalam laptop nie. dan gambar gambar yang disimpan semuanya.

masa tengah mengemas semua tuu. aku ternampak pulak satu gambar tu. aku baca lah ayat yang ada dalam gambar tuu. and yeaah! baru aku ingat yang gambar tu aku print screen malam tadi dari twitter. sebab aku print screen benda tu? sure lah aku suka dengan ayat dia. kalau tak aku abaikan tah kemana.

   
korang baca tweet tuu. betul juga apa yang ejat kata. kadang kadang benda yang dah lepas yang kau ingat tulah banyak buat kau sedih bila orang yang kau rapat jauh dari kau. aku bukan cakap kat orang lain. dekat diri aku sendiri pun berlaku benda yang sama. ye, semua orang aku rasa pernah mengalami benda yang sama. bila duduk sorang pasti akan teringat segala kenangan dengan orang yang rapat dengan kita. dan bertambah pulak kesedihannya tuu bila orang yang kita rapat dah jauh dengan kita.

kehidupan aku pun sama juga. sekarang nie dapat rasakan orang yang rapat dengan aku dah macam jauh daripada aku dah. aku perasan sangat. tapi tak pe. aku ingat satu pesan daripada cikgu bahasa melayu aku dulu. dia kata :

"dulu masa belajar saya sorang sorang . tapi alhamdulillah saya dapat juga capai kejayaan sampai sekarang" 

bukan aku nak kata kita kena duduk sorang. tak. kita kena lah berkawan. cari kawan selagi boleh. kawan mesti dicari. munsuh mesti dijauhi. tapi, kalau orang dah jauhkan diri dari kita, tak payah lah kita nak sedih kan diri. kawan ramai lagi yang nak berkawan dengan kita. aku sendiri baru sedar. mungkin aku boleh berjaya juga macam cikgu aku tuu. kita kena pandai hidup. tak perlu nak mengharapkan daripada orang lain. kita ada hala tuju. just go on. tak payah pandang orang lain. kalau orang tu tak peduli kat kita. jangan sampai orang tu dah berjaya tapi kita masih lagi tiggal dibelakang. disebabkan daripada silap kita sendiri.


wahai kawan. aku sedar sekarang kita dah tak serapat yang dulu. yang jalan sama sama. kemana pun sama sama. kecuali bila mandi dan be***. HAHA` tak pe. aku tak kesah. as long kau bahagia dah lah. aku nie orang yang happy jee *hihi, mesti korang rasa nak rejam aku dengan batu* aku pun bersyukur sangat sebab ada lagi kawan yang baik hati walaupun ada dalam dunia maya jee kenal :) korang yang selalu support aku. thank you very much.

 
 

Sunday 11 November 2012

Kehidupan Dalam Perubatan

ASSALAMUALAIKUM


Bismillahirahmanirahim// hai semua. haa. hari nie tetiba aku rasa macam nak update blog. yeaah! memang pun. tapi malam nie aku nak kongsi cerita pasai benda lain. izinkan aku untuk kongsi cerita selama beberapa bulan aku belajar dalam bidang perubatan nie.

actually, aku datang dari bidang yang berlainan. aku dari kelas perakaunan. tetiba dipaksa masuk dalam bidang lain dari akaun. ehh, bukan dipaksa, tapi dengan rela hatinya. yaah! aku dapat macam macam tempat untuk future study. tapi banyak untuk perakaunan. kenapa aku tak pilih akaun? tah lah. *mesti koang rasa macam nak hentak kepala aku dengan betik kan?* HAHA`lastly, aku pilih medical assistant untuk future study aku sendiri. yaa, dari kecik dulu aku memang ada pasang cita cita untuk jadi doktor satu hari nanti. eleh, tak payah nak sembang kencang ah korang. mostly, semua masa kecik dulu bila cikgu tanya cita cita dah besar nak jadi apa, semua pakat jawab nak jadi doktor kan? haa, sama jugak macam aku :)

dan ini lah jalan aku untuk capai cita cita masa kecik tu dulu. yelah, memang orang kata agak sukar dan jauh perjalanan yang aku pilih nie untuk capai cita cita tuu. tapi, jika ditakdirkan aku tak dapat nak jadi seorang doktor, aku masih lagi berada dalam bidang perubatan sebagai pembantu perubatan. 

pengalaman aku bila belajar dalam bidang perubatan nie. sangat angat best bila dah duduk study dalam bidang nie. walaupun kadang kadang suasana kelas yang sangat kecoh dan ada jugak kadang kadang tu macam macam problem dalam kelas. but, everythings yang terjadi adalah satu pengalaman dan sesuatu yang mengajar erti dewasa. dewasa apa? dewasa untuk menyelesaikan masalah.

dalam perubatan nie banyak yang kena menghafal. nak nak dalam subjek anatomy lah. anatomy sangat penting. banyak sangat yang nak kena hafal. organ dalam badan, tulang, termasuk lah sel sel yang halus dan kecik tuu. bak kata sir Hafiz, kalau tak tahu struktur tubuh badan dan ape yang terdapat dalam badan, kita tak kan tahu physiology dia. macam mana dia membantu dalam pergerakan lah ape lah. actually, aku banyak lagi yang tak hafal. terutamanya bab skeletal system. bruuuu ~~

  
masa lukis gambar tulang tangan nie memang aku sangat bengang. dah la aku nie tak pandai melukis, kena pulak lukis benda benda macam nie. heh ~ tension gua.

banyak yang best belajar benda benda macam nie. nak nak pasal cell. kadang kadang tu bila dah belajar pasal perubatan nie, baru aku tahu sains dan islam memang tak jauh bezanya. kepala otak aku nie tertanya tanya jugak, macam mana Allah boleh mencipta sesuatu yang sangat kecik macam cell cell dalam badan kita nie dan setiap benda yang ada dalam badan kita nie semua ada fungsinya sendiri. begitu indah ciptaan Allah kepada manusia seperti kita nie. macam yang Allah dah kata kan, manusia adalah seindah indah ciptaan :)





 
kalau nak dicerita kan pasal perubatan nie memang banyak. aku pun baru je dekat lima bulan belajar dalam bidang nie. aku bersyukur sangat dapat duduk dalam bidang nie. dan harapan aku dapat lah membantu orang ramai suatu hari nanti dan terutamanya dapat membantu dalam kalangan family aku sendiri. InsyaAllah. Doakan aku dapat mencapai cita cita aku sebagai Doktor Orthopaedic.

  


  

Saturday 10 November 2012

Banyak Yang Tak Tercerita

ASSALAMUALAIKUM


Bismillahirahmanirahim// ya Allah ! Alhamdulillah, syukur sangat dapat update blog nie . lama sangat ahh tak update blog nie . dekat sebulan lebih . last update bulan 9 . tu pun satu entry jee . seriously, lately memang busy gilos ahh. ehh, yeker? padahal everydays online facebook ngan twitter. tapi blog langsung tak terusik. btw, malam nie aku gagahkan diri untuk update sebab blog aku pun baru jee di-edit baru . hehehe :p baru je malam semalam . tak cantik mana pun . tap rasanya lagi bagus dari sebelum nie kot . 

okey . semenjak dua menjak nie . macam macam masalah dah jadi . ye lah . kat dalam kelas aku sendiri . aku pun tak paham lah . kadang-kadang tu baik , elok , happy jee . tapi kejap je nanti , tetiba , kelas jadi taufan sorang tengking sini , sorang tengking sana . dan ada gak yang melebih-lebih dalam kelas tuu . ish ! rasa macam nak baling je tembikai nam puloh biji atas kepala dorang nie . kita dalam kelas mesti lah jadi satu family . kena happy . dulu masa awal awal masuk kolej , semua happy je . best sangat . but now , ermmm ....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

haa , sekarang nie budak tengah exam SPM kan ? hohoho , gud luck korang . especially junior junior hostel dulu . Otai , Kali , Wan , Fadhil and sesiapa je lagi ahh . good luck . do your best , and let's Allah do the rest . 

 
 tetiba rasa rindu pulak zaman kegemilangan aku dulu masa amik SPM . rindu struggle dengan kawan kawan kat hostel . rindu jalan sorang sorang time exam Akaun dari asrama ke sekolah sebab sorang je laki yang amik Akaun time tu . sedih ouh masa tuu . haha . rindu that moment :')
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


haha , okelah . rasanya tu je kot untuk entry kali nie . tak tau dah nak cerita ape . haha , padahal tajuk macam banyak sangat jee kan . 
ehh , ape ape pun kalau ada sesiapa yang buat contest ke , giveaway ke . mai lah ajak join . lama sangat dah tak jon benda benda macam tuu . hehehe :D 
okeylah , wasalam ~