Syafiq Rashid

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Assalamualaikum. Nama sudah tertera diatas. Currently study Medical Assistant at Pusrawi International College of Medical Sciences. InsyaAllah :) ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн. єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн. ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиαℓℓαн. ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуααℓℓαн. уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву αℓℓαн ѕωт :')

Friday 29 June 2012

Segmen Blogwalkin Dan Follow | Nody Yana

ASSALAMUALAIKUM

Mari bersegmen ... hehehe 

  

Saya tag semua yang tengok entry nie :) Sila lah join okay .

 


Wednesday 27 June 2012

Masanya Sudah Tiba

ASSALAMUALAIKUM

hai semua . lama dah kan aku tak update . busy wehh . busy tang mana pun tak tau . tapi lately seriously memang busy gilos . penat ohh . huh ~ macam-macam kerja yang aku buat . sampai terlupa kat blog huduhh nie . ada janda aku pun bukan nye reti nak tolong update kan . tak habis-habis terukir dibintang je *awek saya yuna* haha ~

herm .. hermm .. eh korang . hari nie dah 27/Jun weh . lagi 3 hari je lagi aku dah nak masuk college . huh ~ persediaan ? 80% dah siap . ehh ? mana lagi 20% ? yang selebihnya diri aku sendiri lah . insyaAllah aku akan siapkan diri aku dengan persediaan fizikal dan mental . 

 *sila tumpu pada bag dan kasut tu ja . yang lain semua barang harian biasa seperti laptop broadband phone. haha*

*inilah bagasi saya*

korang tahu aku masuk college mana tak ? ouh ya , aku akan masuk dan belajar di Pusrawi International College of Medical Sciences (PICOMS) . aku akan belajar kat sana dalam diploma Medical Assistant selama 3 tahun . ouh mai ! lama ahh . sob sob :'( alhamdulillah , tak kisah pun kita belajar kat mana . janji ada niat dan semangat nak belajar betui dak . aku pun takde lah kisah sangat tempat nak belajar . kalau tak aku akan ke UniKL Royal College of Medicine Perak untuk course Physiotherapy . tapi , Allah dah bagi jalan yang terbaik untuk aku ke PICOMS nie . insyaAllah :)

em , ouh ya . kawan-kawan pula . ehh ,korang yang ajak aku pegi datang sekolah untuk tengok sukan tahunan . sorry guys , bukan aku tak nak datang . seriously aku banyak lagi benda yang nak disiapkan . for the first time kan aku tak dapat join korang . sebelum-sebelum nie aku tak pernah pun tak pergi mana-mana yang korang ajak . sorry  once again . surely aku tak kan pernah lupakan korang . walaupun kat sana nanti aku dah konfom punya ada kawan baru kan . tak kan nak duk sorang je kot . kau gila ke hape nak forever alone . huh ~ tak sanggup aku ahh . tapi persoalannya sekarang. adakah aku akan dapat kawan seperangai dan sekepala dengan aku macam Bulat , Aboy , Ayie , Alim , Lilay , Bob , Pakoi , Amad , Capang dan Khalil ? mungkin tidak . korang lah yang paling sporting gila . kita pernah tidur 1 bumbung , 1 asrama , makan 1 dewan makan dan 1 meja , kadang-kadang overnight dan tidur rapat katil , jemming , menyanyi dan segala yang terlalu banyak . ingat tau . kita pernah sama-sama . 5 tahun . insyaAlllah kita sahabat dunia & akhirat .

okay geng , hopefully korang dapat doa kan aku berjaya kat sana tau . kalau aku dah jarang update nanti , korang jangan lah tak datang pulak blog aku nie . datang ah sekali sekala . kesian blog aku forever alone . tapi aku akan usaha juga untuk update blog nie . ape guna bawak laptop kan tapi tak berupdate . mohon jejari nie rajin untuk menaip :) 

wasalam ~


 Salam Sayang Dari Syafiq Rashid  (^_^)v

 

Friday 22 June 2012

Korang Ada Blog ? Meh Tengok Nie

ASSALAMUALAIKUM

salam tengah malam sabtu yang penuh dengan kemesraan . sila lah menjawab dengan penuh kemesraan juga :)

heyya .. siapa ada blog ? acehceh . yang omey omey tengah baca nie mesti ada blog kan ? sila mengaku cepat . blog korang mesti cantik kan ? ohsemm betui dak ? tak de lah macam blog aku yang naif nie kan . huduhhh nak mampuihh *hina blog sendiri*.

and now , aku nak share dengan korang nie . sekarang nie WWF-Malaysia tengah jalankan contest . ehh . korang tau tak WWF tu apa ? tak tahu cari sendiri kat pak cik Google ehh :)

  
haa , cuba tengok gambar tuu . menarik bukan ? best tau . join contest nie . bukan je dapat hadiah yang menarik tapi kita juga bertindak membuat satu kerja amal dengan membantu untuk menyelamatkan penyu . bukan senang tau nak menang hadiah sambil buat kerja amal .

ehh ehh .. cara dia senang je . korang kena kumpulkan pledges banyak-banyak untuk menang contest nie . hanya dari blog korang sendiri je . senang bukan ?

okey . kalau korang tak faham lagi korang boleh pergi ke link SINI untuk maklumat yang lebih lanjut . 

okey .. Semoga Berjaya ! (^_^)v

 

Thursday 21 June 2012

BEN ASHAARI DAN SAYA

ASSALAMUALAIKUM

hai geng . memalam nie aku join segmen dari abang ben yoooo ..

 
BEN ASHAARI

[ yaa , blog yang aku suka baca ialah macam blog abang ben sendiri . entry yang simple tak panjang tapi berisi . yaaa entry berisi yang aku mahukan . yang membawa pengajaran dan penuh dengan kehidupan seharian kita . dan palin penting loading tak lama ]
 
okey tu saja :D
 

Monday 18 June 2012

Pahamkan Dulu Maksudnya , Baru Comment

ASSALAMUALAIKUM

kita menulis , kita menaip . dekat mana sekali pun . segala yang kita tulis atau taip tu , ada maksudnya yang tersurat dan tersirat . percaya lah . cuma kita je yang kena fahamkan  apa yang nak disampaikan . kalau tak , jadi macam kes aku nie la .

dua hari lepas aku ada update status kat facebook . status tu macam nie :

:: sometimes kau kena tahu , tak semua orang suka dengan gurauan kita . macam aku , aku tak suka gurauan kau tu . even kau rasa benda tu tak berat pun :: 

ha .. macam tu lah status nya . and then , malam nie tadi ada orang komen . tak perlu lah tahu kot dia siapa . cuma dia kata , aku nak menjatuhkan atau memalu kan orang lain .

astargfirullah al-azim . sekali pun tak berniat aku nak memalukan atau menjatuhkan maruah orang lain . ada ke status aku tu jatuh kan maruah orang ? kalau ada sila nyatakan . bukan nak kata mention , nama orang pun aku tak sebut .

erm , aku pun berbalas komen dengan dia . seriously aku komen dengan cara yang baik . aku tak nak lah ada perselisihan faham . actually , dia tu senior aku masa sekolah dulu . dia tua tiga tahun dari aku . why not aku hormat dia kan ? emm .

dan masa aku berbalas komen tu , ada pulak dia komen yang aku update status tu sebab nak kejar 'HOT' kat dunia nie dan suka jaga tepi kain orang . mungkin sebab dia nampak ramai orang like status tu . huh ~ selama aku berfacebook ke , twitter ke , blog ke , tak pernah sekali pun terlintas kat fikiran aku nak jadi hot . bukan tu yang aku nak :\

 'sedih . cukup sedih bila orang beranggapan macam tu . sikap manusia memang tak dapat dijangka'

dan aku tahu , sebenarnya dia tak paham apa yang aku nak sampaikan . dia tak paham apa maksud ayat atau status aku tu . sebab dia baca tanpa fahamkan dulu maksud ayat tu . ya , itu lah manusia . menilai orang dengan melihat luaran nya saja . dalaman tak da pun . 

 
wasalam ....

Saturday 16 June 2012

Sikap Sesetengah Manusia

ASSALAMUALAIKUM


manusia memang tak sama . banyak sangat perbezaan antara manusia nie . terutama part sikap atau peranggai . masing-masing sangat berbeza kan ? aku pandang diri aku . aku tenung lama-lama . buka minda . muhasabah diri . adakah aku baik ? aku pernah buat jahat ? ouh ya . sudah semestinya aku pernah buat jahat . ehh , ada yang ketawa . kau baik sangat ke ? adakah kau tak pernah buat jahat ? haaa , sememang nya ada yang tak pernah perasan yang diri dia tu sempurna atau pun tidak .

zaman sekarang nie ramai yang anggap diri dia baik sangat . pada awalnya aku dah kata yang aku tidak lah baik mana pun . tapi ini cuma nak kongsi benda yang berlaku depan mata kita sekarang nie . bukan semua manusia ya . sesetenggah je yang tak perasan diri dia . hidup tanpa menilai diri memang sangat tidak berguna . hanya dimata sendiri je yang anggap 'ouh , bahagia nya hidup aku ' . luaran . dalaman ? adakah kau perasan benda tu ? dapat idea yang aku nak sampaikan ?

penat fikir . kenapa sesetengah orang tak boleh terima apa yang orang lain cuba sampaikan dan comment diri dia ? kenapa ?

 *katil bersepah . terpaksa edit gambar macam nie*

kenapa tak boleh terima . kan ke bagus kalau ada orang comment pasal kita . take it as a nasihat . selagi benda tu betul bila difikir dengan akal yang sempurna . macam mana pulak fikir dengan akal yang tak sempurna ?

ada orang , bila dia buat benda baik . fuhhh ~ *flip hair* dia akan condem orang lain dengan pelbagai cara . percaya lah . habis habisan ! then , bila ada orang comment kenapa dia condem orang lain sedangkan orang lain dapat cam satu benda tentang diri dia . dan dia semestinya akan cakap :

'kenapa nak emo sangat ? kau terasa ke ?'

ouh ya . manusia macam nie lah yang tak reti menerima teguran . dia akan berdiri teguh dan berasa dia sentiasa betul . dia tak pernah pandang kesalahan dia . seriously . dia tak akan pandang kesalahan dia .

macam berblog , kalau kau menaip entry dan bila orang comment tak boleh terima , baik tak payah berblog okey . buat kat sidebar ' JANGAN COMMENT ENTRY SAYA ' . ha , baru tak de orang comment . kita berblog nie kena lah terima apa komen orang . amik yang berguna abaikan yang tak betul . okey . 

 

Friday 15 June 2012

Segmen Cioccolato World | Tambah Follower Blog & Twitter

ASSALAMUALAIKUM


yeaaahh ! aku join segmen lagi . kalau korang nak join klik banner okey .

Macam Ada Persamaan Lah !

ASSALAMUALAIKUM

macam ada persamaan lah ! yess , serius tak tipu . aku rasa macam ada persamaan dengan dia nie . siapa dia tu ? sememangnya aku tak pernah kenal dia . baru-baru nie je baru aku suka tengok blog dia , apa yang dia cerita dalam blog dia semua aku baca *okey tipu . takde lah semua* hahaha . ape yang sama antara kami ? tak banyak pun rasanya . tapi , ada lah tiga ke pat pesamaan yang baru aku jumpa antara aku dengan dia . tapi , tak tahu lah benda tu betul ke tidak . tapi tu yang aku dapat selepas aku kaji pasal dia . kebanyakan yang aku dapat daripada blog dia sendiri .

okey , sememangnya aku tak pasti benda nie betul ke tak . aku tak tahu yang benda yang aku kaji pasal dia nie betul ke tidak .


#1 - yang nie benda pertama aku perasan . benda nie memang aku terus ketawa bila aku terbaca kat blog dia . 'aku seorang manusia yang suka ketawa , mengilai . tapi aku bukan lah pontianak yang berkeliaran pada malam jumaat' . ehh ? betul ke ape yang aku taip tu ? tah lah . aku pun lupa . hari tu dia buat ayat tu sebagai Introduction blog dia . and , bila aku terbaca je ayat tu , dalam hati aku 'ehh , ada juga orang yang sama macam aku nie -.-' spesisyang suka ketawa . secara jujurnya aku memang suka ketawa . dalam kelas , mana-mana pun kalau ada mood yang kena ketawa , aku lah yang over . haha . terus aku copy dan paste kat twitter . then , dia pun RT dan 'Ehem' . haha , aku tahu dia mesti perasan yang tu ayat dia . memang pun . hihi , sorry ye . hihi

#2 - yaa , aku ada terbaca entry dia yang bertajuk 'Ku ingin terbang ke awan biru' . ya , cita-cita dia nak jadi Flight Attendance . tapi cita-cita dia tak kesampaian sebab tak cukup ketinggian . dan aku juga sama seperti dia cita-cita nak jadi Flight Attendance sebab dulu aku fikir memang aku tak de minat nak belajar benda lain . ketinggian aku dah cukup dengan ketinggian minima seorang pramugara ialah 170cm . begitu betuahnya aku yang mempunyai ketinggian tu . dan keputusan spm mesti BM dan BI credit . yeaaah ! aku lepas juga .



 tapi malang sungguh bila dia hanya amik yang berumur 20 tahun dan ke atas . chiss ~ Patah seribu , hati ku ......... dan sekarang aku akan terus mengejar dengan cita-cita aku sebagai Medical Assistant/Pembantu Perubatan dan berusaha untuk ke Doktor . InsyaAllah . Amin ~


#3 - em , dia ada kata yang dia seorang lelaki yang obses dengan warna biru . ouhh , dia memang seorang lelaki yang berjiwa lembut . rasanya lah . bukan aku kata yang dia nie lembut macam vapok ke hape . maksud aku jiwa dia , dalaman dia . tak de lah panas baran . dia boleh cool lagi walaupun dia marah . rasanya lah . macam aku aku obses dengan warna purple . yeaaah ! purple . memang aku minat . warna yang tenang . bila aku rasa stress , aku akan pandang blog aku sendiri . purple menenangkan aku .

#4 - AKU TAK TAHU DAH ! HAHAHA ~

setakat nie , tu je lah yang aku dapat . rasanya lah . bagi aku . tak tahu lah bagi dia benda yang aku cakap pasal dia tu betul ke tak . ehh , aku dok meleweh dia , dia , dia . siapa dai erk ? okey , dia yang aku maksudkan  Abang Amirul Farhan . korang kalau nak tahu siapa dia , korang boleh lah ke blog dan twitter dia okey :) 

Blog - http://aarmirul.blogspot.com/
Twitter - AmirulFarhan   





 

 

Thursday 14 June 2012

Siapa Unfollow Twitter Korang? Sini ! Sini !

ASSALAMUALAIKUM

hey korang . watsuppp ! haha , aku hari nie punya aktiviti sangat lah bosan . bosan bosan ouh ohh *najwa latip* . ape je yang aku buat hari nie ? makan , tidur , makan tidur , makan , tidur . ehh , tak de ahh macam tu . tak kan makan tidur je kot kan . 

ehh , siapa sini ada twitter ? angkat tangan dan buat muka comel . 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 bla .. bla ... bla .... okay , ramai jugak *imagine* okey , kalau sesiapa yang kaki twitter mesti tau kan isu hot kat twitter . ala , tak kan tak tahu kot . pasal orang yang 'unfollow' korang lah kan . ape lagi . korang mesti bengang kan kalau ada orang unfollow korang ? haha , aku dah biasa dah baca luahan perasaan kat twitter tu ha . mangsa-mangsa yang kena 'unfollow' oleh orang yang bajet HOTSTUFF tuh :) sorry to say lah kan .

so , now aku malas nak cakap banyak . just nak ajar korang satu benda nie . harap-harap berguna lah kat korang kan . yelah , korang yang jadi mangsa 'unfollow' dari mereka yang tak guna . hihihi . kesian kat korang . sebenarnya , aku dah muak tengok tweet orang yang buat luahan perasaan pasal 'unfollow' nie . okey lah start now . sebelum tu klik SINI dan SINI .

apa yang aku nak ajar korang ? tengok nie :
 

  Ya !! 'Who.Unfollowed.Me

Ini lah yang aku nak ajar korang . kalau korang nak tahu lah kan :) sebenarnya dah ramai juga yang tahu pasal benda nie . tapi aku nak bagi tahu kepada sesiapa yang tak tahu . okey :D nak buat ? pegi SINI dulu .

firstly , korang kena lah sign in dulu :

  *Klik untuk gambar lebih jelas*

dah sudah ? okey kalau dah sudah korang boleh lah check siapa yang 'unfollow' korang :

  
now korang dah boleh check siapa unfollow korang kat 'who unfollowed me' tu . bukan tu je . korang boleh juga check  :
ha , korang boleh check siapa yang tak follow korang balik , siapa yang korang tak follow balik , dan sejarah unfollowed korang .

okey done ! actually , entry kali nie bukan apa . just nak menyelesaikan masalah je . masalah sesiapa yang bengang orang 'unfollow' dia kan . tapi bagi aku tu hak masing-masing lah kan nak follow ke , nak unfollow ke . tak salah sebenarnya . tapi kalau korang dah bengang sangat orang 'unfllow' korang , korang unfollow lah dia balik . tak susah pun :) just take a good way je . tak de lah kecoh kat twitter pasal orang yang 'unfollow' nie :) okay bye (^_^)v 

Follow Syafiq di Twitter - Twitter (Follow) KLIK

MAAF ATAS PENGGUNAAN "AKU" PADA YANG LEBIH TUA DARI SAYA

LIKE & COMMENT kalau entry nie berguna (^_^)
 

Tuesday 12 June 2012

Percayalah ! Senang Sangat Dapat Income :D

ASSALAMUALAIKUM

hai korang :D lama sangat aku tak update blog nie kan ? kalau korang pembaca setia blog aku nie , agak-agak dah berapa minggu tak update ? *padahal takde pun pembaca.sobsobsob :'(*
actually dah seminggu lebih rasanya . okey lah . abaikan :)

ehh , sekarang nie aku nak kongsi sikit sesuatu yang berguna kat korang nie . siapa penah dengar nuffnang ? chup chup ? dan says.com ? okey , siapa penggikut blog sys Lyssa_Secret mesti dah tahu kan pasal semua nie :) sebab kebanyakannya sys Lyssa_Secret dah terangkan dah benda nie . but now , aku nak share kan juga lah . tapi  untuk says.com je tau . 

ehh , korang tahu ke says.com tu ape ? ala , macam INI . tak pun yang INI . bagi yang tak tahu , la nie cek nak habak mai nieh . says.com nie sama juga macam nuffnang dan chup chup . ianya adalah iklan yang mendatangkan keuntungan kepada kita . serius cek tak tipu . senang je lah kerja nya . kita iklan kan atau share social recommendations yang says.com tengah jalan kan dekat facebook atau twitter , dan kalau ada orang yang clik saja iklan tu , RM0.20 akan anda dapat . tak pecaya . aku boleh tunjuk kan buktinya :) tengok bawah :

          ha.. tuuudiaa ~ tu aku baru join 2 hari .

                                          haa nie.. tak sampai 48h aku dah dapat RM3.00

KLIK GAMBAR UNTUK KELIHATAN JELAS!

apa ? tak bebaloi ? aicehhh , kira okay lah tu . bukan nya suruh hampa semua dok buat keja angkat batu , kayu , kongkrit apa semua . duk sambil online facebook , chat awek , cari tweetfamous tu semua iklan kan sikit benda nie . kan dah dapat untung tu . kalau tak sampai sehari dah dapat RM3.00 kalau 30 hari ? dah RM90.00 . kalau sehari tu lebih ke hape ke ? ha , kan untung tu . siapa nak bagi kan . daripada tak dapat apa-apa online kosong je , buat nie lagi best tau . jangan jadi macam syafiq *iklah hotfm* dah lambat baru hegeh-hegeh . hihihihi .

so , suka hati korang lah nak buat ke idak . aku cuma kongsi apa yang aku dapat . kan orang kata , kalau kita kongsi apa yang kita dapat , mudah-mudahan kita dapat keuntungan juga . okey . sesiapa yang nak join says.com boleh klik link kat bawah nie .
 

Klik -------> SINI 

Selamat mencuba =) 



Thursday 7 June 2012

Segmen : Saya Nak Vector

ASSALAMUALAIKUM

hai hai geng ! what's up ? how your day today ? fine ? alhamdulillah ~ okay , pagi-pagi on lappy , berfacebook , twitter dan blog . tetiba ternampak kawan gua buat segmen . join lah kan support dia sempena ulang tahun pertama perkahwinan blog dia . jom heng join :)

 

Nak join sila klik banner okay :D

dan gambar yang aku nak bagi si jajam vector kan kalau aku menang ialah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .


haha , ini ah dia . maaf lah jajam . aku rasa agak kejam bagi gambar nie untuk kau vector kan kalau memang . dengan muka aku yang seakan-akan dikehendaki polis Thailand tuu . hahaha . okay geng , dengan segala hormatnya aku tag dua orang mangsa untuk join sagmen ni *bunyi drum*

Tuesday 5 June 2012

Mohon Maaf Diatas Kesilapan Sebelum Ini

ASSALAMUALAIKUM


hei korang , ape buad ? *sambil nenari* ehehe ^_^ ehh , sapa ada baca entry aku sebelum nie ? dan siapa yang tak baca boleh baca SINI sebab entry nie berkait dengan entry sebelum nie . dah baca comment sekali bagi pendapat korang .

okay , dah baca *muka haris ketuk pintu rumah izah* ? ape pendapat korang ? hahaha , terkejut ? sakit jantung ? darah tinggi ? kencing manis ? kencing masam ? *k merapu*
actually benda tu lah yang selalu aku kena dengan warga-warga facebook tahuk . chisss ~ TIADA GUNA betul dorang nie . dan aku pun selalu terkena dengan tipu helah dorang suruh like gambar nenek dorang khawin lah , gambar kucing dorang main PSP lah . errr -.- geram aku .

itu nasib dia kena kan aku . aku yang tak de penyakit ape-ape nie . kalau dia tersalah pilih orang yang ada sakit jantung ke ape ke ? ha ? apa mau buat . wallahhualam ~

okay nak nasihat kepada si penganggu-gugat dimaam hari *gaya Dr. Fadilah Kamsah*

  • satu je nasihat nye , jangan lah buat lagi perkara nie -..- dah ada akal dan fikiran , fikir lah okay . jangan sampai batu bata hinggap kepala kau ! hahaha , *gurau sayang*
okay lah , maaf kepada yang terkena dengan entry sebelum nie . mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki . maaf zahir dan batin okay v(^_^)v

p/s : korang tolong aku LIKE status ANTI DADAH SINI . tolong okay . pertolongan korang amat lah diperlukan sekarang nie . moga Allah S.W.T dapat membalas jasa baik korang ;) Amin

 Kehidupan kita ditentukan atas usaha dan doa kita sendiri ;)

Apa Komen Anda Terhadap Perkara Ini -_-

ASSALAMUALAIKUM

hai semua , okay . aku nak mintak pendapat korang semua nie . korang mesti ada terbaca artikal atau tengok youtube pasal budak yang kena dera tu kan ? ala , yang baby kena sepak terajang , baling bantal tu dengan mak dia tu . ingat ? okay bagus :) kesian kan ? tak pasal-pasal kecik-kecik dah kena pukul -.- okay no comment untuk video tu .

but , sekarang nie aku nak korang bagi pendapat pasal benda nie pulak . seakan-akan macam kes bayi kena dera tu jugak . tapi , nie ada beza dia sikit je . korang  teliti kan betul-betul benda nie . dan kalau boleh bagi pendapat korang kat ruanggan comment . ini semua tentang gejala yang sedang berleluasa sekarang nie lah . macam-macam -.- okay , sebelum tu bagi sesiapa yang ada penyakit tu , macam takut darah , darah tinggi ke darah rendah ke ape semua tu hati-hati okay .

tonton sekarang -------> KLIK

sila beri pendapat korang di ruangan komen :D
 

Monday 4 June 2012

Inilah Yang Dikatakan Persahabatan ^_^

ASSALAMUALAIKUM

hai korang . buat apa ? lately aku dah rajin update blog nie . sebab apa ? aku terharu bila akhir-akhir nie ramai yang follow blog aku yang naif nie . dan yang buat aku teruja tu dorang siap tinggalkan comment sekali . benda nie lah yang aku tunggu sebelum nie . bukan nak kata aku lah , sememangnya ramai blogger yang nak pembaca blog dia ramaikan . dan selalu comment yang membina . terima kasih korang .

ouhh ya . petang tadi aku ada join satu compitation nie . compitation nie nampak sangat bagus juga . banyak benefit yang boleh kita dapat . terutamanya anak-anak muda atau remaja macam aku nie *muka comel*

ahaha , actually compitation nya ialah dari SKUAD 1Malaysia iaitu pertandingan Sambungan Dialog . 


dengan muka aku paksa buat muka comel nie , tapi tak jadi-jadi with hope , korang dapat tolong aku LIKE status ANTI DADAH yang aku created . boleh tak ?

kalau boleh korang boleh klik SINI 
lepas tu klik LIKE okay . terima kasih kepada sesiapa yang sudi LIKE . pertolongan korang amat lah aku hargai sampai bila-bila :)                                                               

Sunday 3 June 2012

Susah Kalau Ada Manusia Macam nie -_-

ASSALAMUALAIKUM

macam biasa , everyday online facebook , twitter dan blog *kalau rajin* . and tiba-tiba terasa macam nak edit gambar . after edit tu , macam biasa lah upload lah gambar yang di-edit tu . after a few minutes , orang LIKE and ada orang COMMENT . so , terus lah buka kan apa yang orang tu comment . and you know what happened ? oh my god -_- see below :


cuba baca comment yang ke-2 tuu . motif dia comment macam tu ? alahaii ~ macam tak de tamadun lah dia tuu . dan dengan automatik nya aku terus balas comment dia dengan bahasa yang sangat kasar jugak lah . bukan apa . marah lah kan orang kata kita macam tuu . kalau gambar aku tu look like 'BAPOK' sekali pun macam yang dia kata , perlu ke nak comment macam tu ? matang lah sikit wehh -_- macam orang ape dah lah kau .

kalau aku nak comment gambar orang yang bermacam-macam aku nampak kat facebook tu , dah lama aku kena blacklist tahu . tapi rasa hormat dan sensitivity of human yang buat aku rasa kena jaga peradaban antara rakan atau sesiapa yang aku tak kenal sekali pun .


sekali pun gambar aku macam nie , tak payah lah nak mengata ape pun . biar je lah kalau tak sedap mata kau memandang sekali pun . tak pun terus block je aku . senang kan ? kau bukan nye perfect sangat pun . nama facebook pun tah apa-apa . see ? senang je kan aku nak mengata kau . haah ~ 

ermm , susah kan ada manusia macam nie . yang suka mengata orang tanpa menilai diri dia dulu . adakah dia sempurna ? adakah aku sempurna ? ingat lah , takde manusia yang sempurna . kalau rasa diri tu sempurna sangat , ingat , dimata Allah belum tentu diri kita nie sempurna . jangan pandai menilai orang lain . cuba nilai diri sendiri dulu . kalau dah tahu diri tu tak sempurna , muhasabah . jangan pedulikan orang lain . ubah diri kita . okay ? wasalam ~

 

Saturday 2 June 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

ASSALAMUALAIKUM

miss Z berceloteh 
Nak join ? Klik banner .

 Bilangan Follower Blog : ( 305 )