Syafiq Rashid

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Assalamualaikum. Nama sudah tertera diatas. Currently study Medical Assistant at Pusrawi International College of Medical Sciences. InsyaAllah :) ѕтαят ωιтн вιѕмιℓℓαн. єи∂ ωιтн αℓнαм∂υℓιℓℓαн. ραтιєи¢є ωιтн ѕυвнαиαℓℓαн. ρяσмιѕє ωιтн ιиѕуααℓℓαн. уσυя ℓιfє ωιℓℓ вє вℓєѕѕє∂ ву αℓℓαн ѕωт :')

Tuesday 15 May 2012

Warkah Di Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM


kami guru malaysia , berikrar dan berjanji , mendidik dan membimbing , putra putri negara kita *nyanyi ikut versi cikgu prasekolah aku dulu* kemain semangat lagi aku tengok cikgu tu kalau menyanyi ^_^ Cikgu Nuzhah namanya . err , tajuk ^ okay mesti dah tahu apa entry kali nie kan :) okay sabar . entry khas untuk hari guru yok . kau ada ? tak de duduk diam-diam baca okay ? hekhekhek .


tarikh 16 May mesti semua tahu yang tarikh nie ialah tarikh sambutan hari guru . semua tahu , nenek , kakak , makcik , pakcik , atok , orang tengah basuh baju , yang dok sidai kasut *jadah mengarut aku nie* semua tahu . termasuklah aku . sebab tu aku buat entry nie . kalau kat sekolah mesti 15 May atau sebelum hari guru macam-macam aktiviti yang cikgu buat . macam pertandingan bowling (wow cikgu ibrahim & cikgu dayang ja yang hebat main benda nie) , badminton (cikgu jasmi tegol & cikgu ibrahim pegang) , bola jaring dan macam-macam lagi lah :) suka bila tengok cikgu buat aktiviti macam nie :) sebab cikgu-cikgu semuanya sporting .


err , now tak nak citer panjang-panjang lah . penat . err , nak say terima kasih kat cikgu yang banyak membimbing dan membantu kami murid-murid especially saya yang sangat nakal , poyo dan segalanya yang ada dalam diri saya nie . daripada ak reti membaca dah pandai membaca . daripada tak reti mengira dah reti mengira . daripada tak reti menulis dah expert dah menulis . daripada tak tahu hukum agama dah tahu hukum agama walaupun tak sepenuhnya lagi .






nie lah karangan B.Inggeris yang aku simpan lagi . karangan nie adalah karangan tahun lepas sebelum exam SPM . terima kasih kepada guru-guru bahasa inggeris dari sekolah rendah sir Khairuddin , sir Amri Zakarian dan ada lagi yang aku tak ingat . seterusnya cikgu bahasa inggeris sekolah menengah sir Ragu , teacher Syarifah Intan , teacher Mona dan teacher yang membawa aku kepada kejayaan di SPM teacher Tanalachumi :D thanks to all teacher's and sir for bringing me to this level of success . thank you :)



tudddiaaa , nota sejarah yang aku simpan lagi . aku ingat lagi dulu . orang kata sejarah SPM susah sebab kena buat essay . oh my Allah ! then sikap malas aku untuk belajar sejarah pun pudar lepas aku selalu gagal masa form4 . malas nak belajar sejarah tu aku bawa sampai lah ke form5 . lepas tu aku mula sedar . tak kan nak gagal je kot . lulus pun jadi lah kan :) aku belajar dari kegagalan . aku belajar belajar dan belajar . dan cara aku belajar tu bukan untuk orang yang nak dapat A tapi untuk sekadar lulus saja sebab aku sebelum nie tak pernah lulus . cikgu bagi tips aku baca . sangat happy lepas belajar sejarah dengan seorang cikgu yang sangat bagus . cikgu Mazlaini . terima kasih cikgu kerana mengajar saya sampai saya dapat B+ cikgu . tak sangka saya . terima kasih jugak kepada cikgu sejarah yang lain cikgu Ibrahim , cikgu Aida , cikgu Nordin , cikgu Ijah yang comel :) cikgu Mohd Ngah dan cikgu Mazlaini :D terima kasih cikgu .






add math . huh ! semua orang cakap susah . aku ? pun sama tak boleh menafikan yang add math memang susah . fuhh ~ *berangin rambut* belajar add math dua tahun je . form4 dan form5 . form4 belajar dengan cikgu Norihan dan cikgu ****** . sorry lupa nama :) hekhekhek . masa form4 langsung tak belajar . dengan pergi pertandingan olahraga . banyak masa terbuang . dan tertinggal banyak chapter . masuk form5 masih tak belajar lagi . pegi olahraga lagi . terus muka aku hitam . main hoki lagi . hoi ! paria dah muka aku ha . lepas bulan 7 baru free . belajar dengan cikgu Ain Norman . cikgu yang comel & penyabar . cikgu nie memang pakai add math . kadang-kadang sapai 2 3 orang mengajar dalam kelas aku . cikgu Ain , cikgu Norita pun comel dan cikgu Sharina pun comel . semua gigih mengajar kami yang tak pandai add math nie . dan aku pun mula lah minat dengan add math . dulu minat math dan akaun je . sebab aku suka mengira . sekarang add math dah jadi satu subjek yang aku minat juga . satu hari ada kelas tambahan . budak yang duduk belakang sumua nak balik awal kecuali kami yang duduk asrama nie . kami tak kesah pun balik lambat . aku pulak suka sebab aku dah mula minat add math . segelintir budak kelas aku ada yang tak hormat cikgu Ain . dorang keluar ikut pintu belakang padahal cikgu Ain tengah duk mengajar budak kat depan yang tak paham tuu . dorang sangat kurang ajar . ada jugak budak pompan yang berteriak 'cikgu kami(team dia lah) nak balik lah cikgu!(siap sarung bag) . cikgu pun marah lah . mana tak nya selama nie cikgu sabar dengan perangai segelintir budak kelas kami yang dah lah tak pandai , nak kurang ajar . cikgu sanggup tunggu mengajar sampai petang semata-mata nak mengajar kita . dia pulak kurang ajar . cikgu menangis dn terus turun ke kereta dia . aku sebagai ketua kelas belari ikut cikgu Ain dengan kawan-kawan yang lain yang berminat nak belajar . kami mintak maaf . walaupun bukan salah kami . yang buat salah tak pegi kejar pun mintak maaf . cikgu menangis dan kami yang lain pun rasa sebak . ada yang mengesat air mata . sedih i_i . dorang memang biadap . cikgu dah tak nak masuk kelas . kami pergi cari cikgu mintak maaf . takut sangat sebab dah nak SPM masa tu . finally , cikgu masuk juga ke kelas untuk ajar orang yang nak belajar . besar sunguh jasa cikgu Ain kepada kami . terima kasih cikgu kerana mengajar saya Additional Mathematics sampai saya pandai sikit :D 




muka bajet malas tengok kertas akaun . letih dah mengira . akaun memang best . cikgu Zulkifly memang baik . tapi kadang-kadang garang . hekhek , terima kasih cikgu bawa saya ke tangga kejayaan .




dan ini juga aku anggap cikgu aku . hehhe . gila jap . ya dia cikgu aku . yang selalu mengajar aku kesalahan dan membetulakan kembali kesilapan aku . banyak berjasa terutama dalam mathematics , add math , sciences , perdagangan , dan juga akaun .


last sekali , terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang banyak membantu saya dan murid-murid yang lain sehingga lah kami berjaya ke tahap ini . segala jasa kalian tidak dapat kami balas . hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa cikgu-cikgu suma . dan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia . Teirma Kasih CIKGU !














2 comments:

  1. haha nice entri bro ! btw, macamna buat gambar bergerak tu ? GIF kan ?

    *selamat hari guru :D

    ReplyDelete
  2. hehehe , yes . animated gif :) cakap kat mak hang selamat hari guru :)

    ReplyDelete

Pot Pet Sini Sikit EH (^_^)